Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID DARUL MAKMUR

Hulur sedikit bonus hujung tahun sumbang kepada dana perluas masjid

Dec 08, 2023 | 05:31 AM



Mewujudkan ruang-ruang di masjid yang lebih luas dan selesa. Itulah fokus utama Masjid Darul Makmur yang telah dibina 36 tahun lalu, memulakan projek peningkatannya menyusuli kian banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru yang didirikan di sekitar masjid itu di kawasan Yishun dan Canberra.

Ini termasuk menambah ruang solat bagi keselesaan jemaah dan membina dewan serbaguna dan auditorium yang dapat menampung lebih ramai peserta apabila masjid menganjurkan pelbagai acara dan programnya kelak.

Ruang lebih luas yang dapat dibahagikan kepada beberapa zon, akan juga dipertimbang dalam lakaran pelan peningkatan masjid itu agar ia dapat memenuhi langkah pengurusan selamat pada masa depan, jika perlu.

Kerja peningkatan masjid yang terletak di Yishun Avenue 2 itu telah dimulakan pada April lalu. Justeru, pihak warga kerja masjid itu mengharapkan sokongan lebih padu dan juga sumbangan derma daripada masyarakat agar semua proses peningkatan masjid itu berjalan lancar.

Berkongsi rayuan beliau untuk dana peningkatan masjid, imam eksekutif Masjid Darul Makmur, Ustaz Mohamad Ghouse Khan Suratte, berkata:

‘‘Dalam kesempatan peluang yang ada ini, kita mengejar peluang terbesar dan jalan keluar terbaik untuk meraih keuntungan akhirat dengan bertindak segera, berpandukan mutiara ilmu daripada Al-Quran.

“Ada maklumat mutiara daripada Al-Quran yang memberitahu kita bahawa ahli kubur itu apabila diberi peluang balik ke dunia, mereka hanya ingin bersedekah sahaja, bukan untuk membuat ibadah haji, bukan untuk solat, bukan untuk berpuasa dan ibadah-ibadah lain. Kemudian mereka meyakini jika mereka dapat berbuat demikian mereka akan masuk dalam golongan orang solih di akhirat.

‘‘Firman Allah swt:


‘Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang antara kamu; lalu ia berkata: Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sebentar lagi, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang solih’.’’ (Surah Al Munafiqun, ayat 10)

Seterusnya, Ustaz Mohamad Ghouse berkongsi perihal sedekah yang terbahagi kepada tiga bahagian, secara ringkas, jika sedekah itu pengeluaran wang yang wajib, namanya zakat; jika sedekah itu untuk perkara-perkara yang meninggikan agama Allah walaupun manfaatnya hanya sementara, namanya infak atau derma; dan jika sedekah itu untuk mengekalkan bangunan masjid atau madrasah, itu namanya wakaf.

Perkara kedua yang perlu kita ingat dalam bersedekah, jika kita belanja harta atau wang kita untuk kepentingan dunia atau untuk keinginan nafsu sendiri, ia mengurangkan harta dan wang kita. Ini berbeza daripada sedekah untuk jalan Allah atau berwakaf.

Sabda junjungan besar baginda saw:


‘‘Tidak akan berkurang harta kamu jika dikeluarkan dengan sedekah, malah ia menambahkan, malah ia menambahkan, malah ia menambahkan”.

Juga, orang yang mencintai rumah Allah dan sentiasa membantu menegakkannya dan menambahkan daripada hartanya apa yang terkurang di rumah Allah swt, akan mendapat ganjaran dimasukkan dalam golongan orang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid. Ada hadis masyhur yang diriwayatkan Sayidina Abu Hurairah:


‘‘Salah satu daripada tujuh golongan yang akan diberikan perlindungan Allah swt pada hari tiada terjumpa mana-mana perlindungan ketika itu melainkan perlindungan Allah ialah ‘pemuda (pemudi) yang hatinya terpaut dengan masjid’.’’


Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang masih bekerja dan telah menerima bonus kerja hujung tahun ini, mewakafkan sebahagian wang bonus mereka untuk projek peningkatan masjid-masjid yang sedang menjalani projek peningkatan, termasuk Masjid Darul Makmur demi memenuhi baki dana $6 juta untuk projek peningkatan masjid itu yang masih tertunggak. Ia berharap dapat mengumpulkan lagi baki dana itu dalam masa 16 bulan akan datang.

Sebarang pertanyaan mengenai cara menderma boleh dilakukan dengan menghubungi pihak masjid di talian 6752-1402 pada waktu pejabat.

DERMA UNTUK PROJEK PENINGKATAN MASJID DARUL MAKMUR


Sumbangan derma boleh dilakukan melalui:

1. PayNow ke UEN: S87MQ0033J.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-652138001.

3. Kiriman cek atas nama ‘MASJID DARUL MAKMUR’ dan dihantar melalui pos ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.

4. Hadir di pejabat Masjid Darul Makmur atau Masjid Assyafaah pada waktu pejabat.

5. Hubungi pejabat di talian 6752-1402 untuk pengambilan derma $500 ke atas dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >