Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

OURWAKAF.SG

Isu wakaf, faraid bakal dikupas dalam forum ‘Kerana Harta’ pada Ogos

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Sebuah forum faraid bertajuk ‘Kerana Harta’ oleh OurWakaf.Sg bakal diadakan di auditorium Masjid Sultan pada Sabtu, 5 Ogos ini, bermula 11 pagi hingga 2 petang.

Forum ini merupakan acara kedua dalam rangka kempen pendidikan awam tentang perancangan legasi yang telah dimulakan pada awal tahun ini.

Forum ini bakal mengetengahkan panelis Timbalan Mufti, Ustaz Dr Izal Mustafa Kamar; dan pengurus kanan sebuah pusat khidmat keluarga (FSC), Cik Nooraini Razak.

Mereka bakal merungkai kerumitan dan salah faham umum, serta hikmah di sebalik undang-undang faraid.

Selain isu faraid, panelis juga akan berkongsi pelbagai instrumen perancangan harta seperti pencalonan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan insurans, serta cara menyiapkan wasiat serta menggalak masyarakat mempertimbangkannya.

Forum tersebut akan diacarakan oleh penerbit kandungan digital terkenal, Encik Sujimy Mohamad, dan pengacara serta ejen hartanah, Cik Ainon Talib.

OurWakaf.Sg merupakan sebuah wadah masyarakat yang bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang alat-alat perancangan legasi Islam bagi memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza-beza.

Dengan pemahaman perancangan legasi yang lebih baik, OurWakaf.Sg berharap ia dapat menggalak masyarakat Islam merancang dengan secukupnya demi orang tersayang, masa persaraan dan untuk akhirat mereka (menerusi sedekah jariah).

Dua peserta yang pernah mengikuti forum mengenai faraid dan wakaf anjuran OurWakaf.Sg, Cik Sophiela Mustapha, 51 tahun, dan Encik Qamarul S. Daud, 36 tahun, berkongsi pengalaman menyertai acara yang telah diadakan awal tahun ini.

Bagi Cik Sophiela, seorang jurutera yang juga salah seorang pempengaruh daripada kumpulan MakcikAlertSg, isu wakaf dan hukum faraid ini ialah tajuk yang kerap dibicarakan oleh golongan ‘atasan’ sahaja. Namun hakikatnya, ia merupakan tajuk yang sangat luas dan mendalam.

Baginya, isu wakaf dan faraid memerlukan pemahaman dan penting diketahui dan dipelajari oleh masyarakat Islam setempat.

“Awal tahun ini, kami mendapat tahu ada seminar tentang faraid dan wasiat. Kerana ingin mengetahui lebih mendalam tentang isu ini, kami telah mendaftar dan mengikuti sesi tersebut.

“Apa yang pasti, ilmu mengenai wasiat dan faraid ini amat berguna. Siapa tahu, jika kita ada teman, seperti seorang mualaf, kita boleh membantu serba sedikit atau boleh merujukkan mereka kepada portal maklumat seperti OurWakaf.Sg atau badan yang bertauliah,” jelas Cik Sopiela, ibu empat anak dewasa berusia antara 17 tahun dengan 25 tahun.

Encik Qamarul, bapa tiga anak kecil berpendapat, ilmu wakaf dan faraid ini mampu melengkapkan dan memberikan keputusan terbaik, demi kesejahteraan keluarga.

“Masih ramai lagi dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di sini yang kurang berpengetahuan atau dalam kekeliruan mengenai isu wakaf dan faraid, terutamanya bagi pasangan muda.

“Sudah semestinya, ilmu ini amat penting kerana ia berlandaskan hukum syariah. Jadi, ada baiknya jika kita terus mempertingkat ilmu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan lengkap, demi masa depan keluarga dan masyarakat Islam amnya yang lebih baik.

Katanya lagi:

“Saya amat mengalu-alukan daya usaha pihak OurWakaf.Sg untuk meningkatkan kesedaran warga Islam di sini dengan menganjurkan forum yang bermanfaat demi kebaikan kita bersama ini,” kata Encik Qamarul.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Forum Faraid ‘Kerana Harta’, yang akan diadakan pada 5 Ogos 2023, di auditorium Masjid Sultan, ini sila kunjungi laman ourwakaf.sg.

Tiket berharga $10 seorang dan boleh didapatkan menerusi https://bit.ly/khbh




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >