Bermula dengan Hajah Chik Pilgrim Services yang diasaskan oleh Qariah Singapura, Ustazah Hajah Chik, dan tokoh agama Ustaz Osman Jantan, kini agensi pengendali haji tersebut bertukar nama kepada Hahnemann Travel & Tours.
Syarikat yang kini dipimpin anak Ustazah Hajah Chik sendiri, iaitu Encik Ahmad Hahnemann, mengendalikan urusan pelaksanaan haji bersama asatizah yang memiliki Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) seperti Ustaz Jazair Jumaat dan Ustaz Sayid Amin Jasin Amin Sahib serta kumpulan mutawif iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi, Ustaz Muhammad Ansor Siregar dan lain-lain.
Menganggap jemaah sebagai keluarga, Hahnemann Travel & Tours selalu mengutamakan pengendalian pengurusan yang mantap dan keselesaan jemaah.
Selain memastikan harga pakej yang dimampui, Hahnemann Travel & Tours melantik pegawai-pegawai berpengalaman, berdedikasi, peramah, amanah, berkongsi ilmu dan memastikan ibadah jemaah sentiasa terbimbing.
Turut serta, Hahnemann Travel & Tours akan melantik pegawai perubatan bertauliah yang akan membantu mengawasi kesihatan jemaah pada musim haji akan datang.
PAKEJ ISTIMEWA
BUAT JEMAAH
Mempromosi pakej terbaik, Pengarah Urusan Hahnemann Travel & Tours, Encik Ahmad Hahnemann Abdul Kadir, berkata tiga Pakej Haji Hahnemann dinamakan Seruan Kaabah Silver, Seruan Kaabah Platinum dan Seruan Kaabah Gold.
Seruan Kaabah Silver ialah pakej pendek dan termurah dengan 17 Hari tanpa hotel di Makkah dan akan menginap di Rawdah Royal Inn di Madinah.
Seruan Kaabah Platinum ialah pakej istimewa yang berjalan selama 20 hari, menyaksikan jemaah menginap di Hyatt Regency Makkah dan Hotel Oberoi di Madinah.
Seruan Kaabah Gold pula ialah pakej Awesome dengan jumlah 26 hari, dengan jemaah juga akan menginap di Hyatt Regency Makkah dan hotel Oberoi di Madinah.
Pemilihan penginapan Ahmad Al Khalaqi Building di Shisha, selepas ketibaan jemaah dari Jeddah pula adalah sangat strategik kerana ia berdekatan dengan Jamrah di Mina dan mudah berulang-alik semasa melontar Jamrah.
Syarikat dipercayai ramai ini juga akan memastikan jemaah Singapura dapat menikmati menu yang disukai di Shisha, Makkah dan Madinah. Penyediaan air mineral, minuman ringan (free flow), air panas dan kopi turut disediakan di Shisha selama 24 jam.
“Kami bersyukur kepada Allah swt yang telah memberi peluang berkhidmat kepada tetamu Allah swt pada musim haji tahun 2024 ini.
“Kenangan menunaikan haji ini pasti akan menjadi kenangan manis kerana ia peluang memohon kepada Illahi untuk memperoleh haji mabrur sehingga terpadam rekod kejahatan dan dosa mereka seperti sesuci bayi yang baru lahir.
“Sebagai membantu jemaah, kami juga menyediakan senarai aturcara untuk rujukan perjalanan haji bagi setiap ibadah yang dilakukan, termasuklah mengenai ziarah dan kelengkapan haji,” kata Encik Ahmad Hahnemann.
MAKLUMAT LANJUT
1. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej haji, sila hubungi di Hahnemann Travel & Tours di Talian 6749-1131, atau Whats App ke talian 9775 2605.
2. Layari laman www.hahnemanntravel.com.sg
3. Kunjungi pejabat di Paya Lebar Square #12-42 (bersebelahan Stesen MRT Paya Lebar).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg