Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Jemaah haji S’pura bakal manfaatkan tren laju

Jun 04, 2023 | 05:30 AM



KERETA api laju yang mampu bergerak pada kelajuan 300 kilometer sejam yang akan mengurangkan waktu perjalanan antara Madinah-Makkah daripada beberapa jam menaiki bas lima hingga enam jam kepada 120 minit.

Sejak perkhidmatan tren laju berjarak 450 kilometer itu dibuka pada 2018, ia telah mampu mengangkut 60 juta penumpang setahun.

Bagi tahun ini, sebahagian jemaah haji dari Singapura dijangka bakal memanfaatkan khidmat tren laju ini seperti yang ditawarkan oleh GSA Hahnemann Travel kepada para jemaahnya.

Pengarah Urusan Hahnemann Travel, Ustaz Ahmad Hahnemann Abdul Kadir, berkata Hahneman Travel, telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan Sistem Kereta Api Laju Haramain sejak 2018. Keputusan ini diambil berdasarkan keselesaan yang boleh dinikmati oleh jemaah. Mereka percaya bahawa tren menawarkan keselesaan yang lebih baik, dan jemaah boleh menikmati perjalanan dengan tenang dan cekap.

Dengan menaiki kereta api laju ini, jemaah bakal menggunakan Stesen Madinah yang moden yang terletak sembilan kilometer dari Masjidil Nabawi. Kereta api ini boleh menampung kapasiti 4,000 penumpang dan seluas 268,000 meter persegi itu. Malah kereta api laju yang menghubungkan Makkah dan Madinah digambarkan oleh para pegawai tempatan sebagai projek pengangkutan terbesar di rantau itu.

Sistem Kereta Api Laju Haramain itu membawa jemaah antara kedua-dua bandar raya menerusi pelabuhan Laut Merah dari Jeddah.

Namun tidak semua  ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) menggunakan khidmat kereta api laju Haramain Arab Saudi seperti Sha Travel, Halijah Tavels, Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd serta Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd.

Pengarah Sha Travel, Cik Hanim Hashim, menjelaskan bahawa pihaknya hanya akan menggunakan tren jika terdapat permintaan yang mencukupi di kalangan jemaah. Menurut Cik Hanim, penggunaan tren laju melibatkan kos tambahan berbanding dengan menggunakan bas.

TIDAK SESUAI BAWA BAGASI BESAR

Cik Hanim berkata penggunaan tren laju tidak sesuai untuk jemaah yang membawa bagasi besar. Dalam tren, jemaah hanya dibenarkan membawa bagasi kabin, manakala bagasi besar perlu diangkut menggunakan bas yang berasingan. Hal ini mengakibatkan tambahan kos pengangkutan yang perlu ditanggung oleh jemaah.

Beliau menyatakan bahawa tren laju adalah pilihan yang lebih sesuai untuk jemaah yang membawa sedikit bagasi atau hanya bagasi kabin. Namun, bagi keluarga jemaah yang membawa bagasi besar, penggunaan tren laju bukanlah pilihan yang praktikal dan menjurus kepada kos tambahan. Beliau berharap agar jemaah dapat memahami situasi ini dan melihat bahawa pemilihan pengangkutan yang sesuai adalah penting untuk menjamin keselesaan dan kelancaran perjalanan haji.

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah, Sha Travel tetap komited dalam menilai keperluan dan kehendak jemaah haji. Mereka akan terus menjalankan tinjauan dan kajian bagi memastikan pilihan pengangkutan yang disediakan memenuhi keperluan dan harapan jemaah dalam menjalani ibadah haji mereka dengan selesa dan lancar.

Pengurus Umum Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, memberikan penjelasan mengenai keputusan pihaknya untuk tidak menggunakan dengan menjelaskan bahawa apabila jemaah menggunakan tren, mereka tidak dapat melawat Masjid Zulhulaifah atau juga dikenali sebagai Bir Ali.

Masjid Zulhulaifah terletak di sebelah barat Wadi ‘Aqiq, di wilayah Abyar Ali, dengan jarak 14 kilometer dari Masjid Nabawi. Tempat ini merupakan salah satu miqat yang telah ditentukan oleh Nabi Muhammad saw bagi jemaah yang berhenti di Madinah sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah untuk melaksanakan ibadah haji.


Bagi mereka yang menaiki tren, dinasihatkan terus berniat umrah apabila di dalam kereta api kerana khuatir leka mengambil gambar pemandangan atau sebagainya. Pengumuman untuk Miqat akan dibuat setelah 10 minit kereta api mula bergerak.

Encik Haffidz berkata walaupun penggunaan tren mungkin memberikan kelebihan seperti kelajuan dan keselesaan perjalanan, namun keputusan untuk tidak menggunakan tren adalah berdasarkan pertimbangan keagamaan dan kepentingan melawat miqat yang telah ditentukan. Menurutnya beliau akan terus meneliti dan menilai keputusan pengangkutan yang diambil bagi memastikan keselesaan dan kelancaran perjalanan jemaah dalam menjalani ibadah haji mereka.

Pengarah Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd Cik Noor Faizah Mustaffa berkata: “Bagi pendapat peribadi saya, pergerakan menaiki tren menyekat fleksibiliti jemaah yang bergerak secara berkumpulan. Aturan bagasi, ketidakpastian ketibaan bagasi besar dan menantikan jadual tren merumitkan aturan pergerakan jemaah.  Walaupun pergerakan tradisional menaiki bas mungkin mengambil waktu yang sedikit panjang, jemaah dapat berhenti di tempat rehat dan alami suasana serta pemandangan yang berbeza. Bagaimanapun, pihak kami tidak menidakkan pengalaman menaiki tren di masa hadapan.” 

Ustaz Ahmad Hahnemann berkata penggunaan tren laju dipilih kerana ia memberikan kemudahan yang selesa dan disukai oleh jemaah. Tren laju juga menyediakan masa perjalanan yang lebih pantas, mengurangkan kesesakan dan membolehkan jemaah tiba di destinasi dengan lebih efisien, ujarnya.

JEMAAH TETAP SELESA GUNAKAN TREN WALAUPUN ADA CABARAN LOGISTIK

Walaupun terdapat cabaran logistik yang melibatkan penggunaan bas untuk membawa jemaah ke stesen tren, jemaah tetap merasakan keselesaan menggunakan tren sebagai kaedah utama pengangkutan. Bagasi besar yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam tren diuruskan oleh krew Hahneman Travel menggunakan trak pengangkut khas.

“ Dalam usaha untuk menjaga kualiti perkhidmatan, Hahneman Travel terus memantau dan menilai keputusan pengangkutan yang diambil, termasuk penggunaan tren laju, bagi memastikan keselesaan dan kelancaran perjalanan jemaah dalam menjalani ibadah haji mereka,’‘ ujar Ustaz Ahamd Hahnemann.

Terdapat lima stesen di sepanjang laluan di mana dua adalah stesen terminal Makkah dan Madinah, dua stesen pusat di Jeddah dan Rabigh dan kelimanya stesen di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz yang dibina oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Laluan ini mengenakan 75 SAR ($27.10) hingga 125 SAR .

Pengalaman seorang jemaah umrah yang pernah menggunakan perkhidmatan tren, Encik Abdullah Ahmad Khairi yang menunaikan umrah baru-baru ini berkata beliau amat selesa dengan kemudahan serba moden yang disediakan.

“Dari segi ruang tempat duduk yang luas, hingga ke kualiti perkhidmatan yang terbaik, semua aspek perjalanan dengan tren laju ini mengagumkan. Secara peribadi saya rasa membuat pilihan yang berbaloi. Saya pernah menaiki bas sebelum ini jadi saya boleh membuat perbandingan. Tren ada tandas di setiap gerabak, tempat mengecas telefon dan kafeteria. Sangat selesa, mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi. ,’‘ ujar Encik Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >