Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH AL-MA’ARIF AL-ISLAMIAH

Jualan kalendar 2024 bagi dana pembangunan

Jan 12, 2024 | 05:30 AM



Penjualan kalendar Islam 2024 dan wakaf Al-Quran adalah antara projek yang diusahakan oleh Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah mengumpul dana bagi projek pembaikan dan naik taraf madrasah itu.

Kalendar itu mengandungi pelbagai maklumat seperti waktu solat, tarikh kebesaran dalam Islam dan tarikh Hijriah. Setiap kalendar berharga $12 dan ditawarkan dalam dua bentuk; untuk digantung atau diletakkan di atas meja.

Projek wakaf Al-Quran pula diselenggarakan di Pesantren Baabussalam di Bandung, Indonesia. Setiap wakaf Al-Quran berharga $100. Nama-nama yang disertakan dalam projek wakaf itu akan diberikan kepada pihak pesantren untuk penulisan di bahagian awal muka surat, dan dibaca oleh para tahfiz pesantren dengan niat ditujukan kepada nama yang dikirim.

Menurut Pegawai Pengumpulan Dana Madrasah Al-Ma’arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, kos keseluruhan bagi projek pembaikan dan naik taraf dianggar $1.5 juta bagi 2024.

Pihak madrasah juga menerima derma dan mengalu-alukan sumbangan untuk zakat harta.

Madrasah Al-Ma’arif merupakan salah satu madrasah di Singapura yang mempunyai pelajar perempuan daripada peringkat rendah hingga prauniversiti.

Terletak di Lorong 39 Geylang, madrasah itu telah melahirkan ramai cendekiawan wanita Islam berjaya dan memegang jawatan penting di dalam dan luar negara. Madrasah itu juga perlu menjalani pelbagai projek naik taraf secara berterusan bagi keselesaan serta prasarana madrasah.

“Bangunan Al-Ma’arif ini sudah menjangkau 18 tahun pada tahun ini. Banyak ubah elok yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

“Kami memerlukan dana bagi kos penyelenggaraan harian madrasah, ini termasuk bil api air, kos tenaga pekerja, sebagai contoh. Kos ini dianggarkan berjumlah lebih 1.5 juta setahun. Alhamdulillah, berkat sokongan orang ramai, kami masih meneruskan penjualan kalendar ini dan ramai yang telah menyokongnya. Insya-Allah, dengan sokongan ramai, kami mampu melahirkan lebih ramai Muslimah cemerlang pada masa hadapan,” jelas Cik Siti Radhiyah.

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan boleh disalurkan dengan:

1. Sumbangan melalui PayNow UEN: S36MM0001G.

2. Perbankan Internet: OCBC 507018232001.

3. Pungutan dari rumah (minimum $100). WhatsApp ke talian 9182-4766 (nyatakan nama, alamat dan jumlah sumbangan yang ingin diberikan).

4. Datang terus ke pejabat Madrasah Al-Ma’arif: Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 4.30 petang).

5. Hantarkan cek atas nama ‘Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah’ dan poskan ke alamat No 3 Lorong 39 Geylang, Singapura 387865.

6. Bagi pembelian kalendar 2024 dengan penghantaran ke rumah, bayaran tambahan dikenakan – $5 bagi 10 keping ke atas dan $10 bagi 10 keping ke bawah.

7. Sila ke laman www.infaqmadrasahalmaarif.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >