Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Jualan kupon amal tampung kos naik taraf

May 23, 2023 | 04:44 PM



PROGRAM peningkatan dan naik taraf bagi salah sebuah masjid bersejarah di negara ini, Masjid Jamae Chulia, atau juga dikenali sebagai ‘Periya Palli’ yang bermaksud Masjid Besar dalam Bahasa Tamil, sedang rancak dijalankan sejak Disember 2022.

Selepas selesainya kerja peningkatan tersebut, masjid ini kelak mampu menampung sekitar 1,200 jemaah, selain boleh menempatkan 100 pelajar pada satu-satu masa serta menjadi masjid yang lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.

Antara peningkatan yang dilakukan ialah pemasangan sistem hawa dingin di ruang solat serta penambahan bilik darjah serta kemudahan mesra bagi golongan kurang upaya dan warga senja di sini. Masjid yang terletak di South Bridge Road dan berdekatan Chinatown ini berusia 197 tahun.

Kerja peningkatan ini dijangka selesai dalam masa 10 bulan, dan menelan belanja sehingga $3 juta. Sepanjang tempoh ini, masjid yang telah diwartakan sebagai Monumen Negara pada 1974 ini akan terus beroperasi seperti biasa. Jumlah terkumpul kini sudah pun mencapai $680,000.

Masjid ini juga merupakan salah sebuah masjid yang penuh dengan pembelajaran agama Islam, khususnya bagi golongan India Muslim tempatan, pekerja Islam dan pelancong di kawasan tengah bandar.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata Masjid Jamae Chulia merupakan salah sebuah masjid tertua di Singapura dan “kita harus menjaganya” agar masjid ini terus berada dalam keadaan yang baik demi keselesaan masyarakat Islam di negara ini.

Di samping itu, beliau juga mengharapkan sokongan yang berterusan dapat diperolehi agar misi untuk mencapai jumlah yang dikehendaki akan tercapai.

“Kami faham saingan yang kami terima untuk mendapatkan dana bagi kerja peningkatan untuk Masjid Jamae Chulia ini amat mencabar. Namun, kami akan melakukan yang terbaik dan semoga masjid yang bersejarah ini akan terus terpelihara dan mendapat sokongan padu daripada masyarakat Islam di sini.

“Dengan kerja peningkatan ini, Masjid Jamae Chulia boleh menampung 100 pelajar pada satu-satu masa dan bakal menjadi lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.

“Semua kerja peningkatan ini juga berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat selesai mengikut jadual yang telah ditetapkan,” jelas Encik Rasheed Zaman.

PROGRAM MASJID


Encik Rasheed Zaman turut memberitahu Berita Harian (BH), walaupun masjid ini sedang dinaik taraf, semua kegiatan dakwah berjalan seperti biasa. Antara program lazim ialah ceramah agama, kelas Al-Quran, bacaan Surah Yasin dan Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat selain menganjurkan madrasah mingguan.


“Meskipun kami sedang menjalankan kerja peningkatan, program dan kegiatan dakwah di masjid ini tetap dilakukan seperti biasa, tiada pembatalan ataupun dihentikan.

“Justeru, kami amat mengharapkan sokongan dan derma ikhlas daripada orang ramai demi kelangsungan masjid serta dana peningkatan untuk masjid bersejarah ini,” katanya.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu.

Berikan sumbangan ikhlas anda kepada Masjid Jamae Chulia:


- Hantarkan cek anda kepada Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

- Derma langsung ke pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps kepada talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

- Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >