Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Jualan kupon amal untuk bantu kekurangan dana

Sep 29, 2023 | 05:32 AM



Meskipun projek peningkatan Masjid Jamae Chulia bakal siap sepenuhnya pada akhir 2023, dana kutipan masih jauh daripada sasaran. Program peningkatan dan naik taraf sedang rancak dijalankan sejak Disember 2022 dan sejauh ini lebih 90 peratus telah pun siap.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata baki untuk kutipan bagi masjid ini masih jauh daripada jangkaan asal pihak masjid. Selain itu, projek wakaf dan infak untuk masjid terus diperluas.

“Alhamdulillah, setakat ini pihak Masjid Jamae Chulia gigih mencari dana dan telah pun meraih lebih $1.2 juta. Namun, ini masih jauh lagi daripada misi kami untuk mencapai $3 juta bagi kos peningkatan ini.

“Kami faham saingan yang kami terima untuk mendapatkan dana bagi kerja peningkatan masjid ini begitu mencabar. Namun, kami akan melakukan yang terbaik dan semoga masjid yang bersejarah ini akan terus terpelihara.

“Sokonglah Masjid Jamae Chulia atau masyarakat Islam setempat boleh melakukan infak atau wakaf demi kemaslahatan kita bersama,” jelas Encik Rasheed Zaman.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 disajikan oleh restoran Taj Authentic Indian Cuisine, manakala martabak berharga $10 setiap satu pula dihidangkan daripada Victory Restoran.

Selepas selesainya kerja peningkatan ini, masjid ini kelak mampu menampung sekitar 1,200 jemaah, selain boleh menampung 100 pelajar pada satu-satu masa serta menjadi masjid lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.

Antara peningkatan yang dilakukan ialah memasang sistem hawa dingin di ruang solat serta menambah bilik darjah serta kemudahan mesra golongan kurang upaya dan warga senja di sini.

Masjid yang terletak di South Bridge Road dan berdekatan Chinatown ini berusia 197 tahun.

Kerja peningkatan ini menelan belanja sehingga $3 juta.

Sepanjang tempoh ini, masjid yang telah diwartakan sebagai Monumen Negara pada 1974 itu akan terus beroperasi seperti biasa. Jumlah terkumpul kini sudah mencapai lebih $1.2 juta.

TERUS BERINFAK KEPADA MASJID JAMAE CHULIA DENGAN:


1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Hantar cek atas nama Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApp ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Sila imbas kod QR yang diberikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >