Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Masjid tertua S’pura masih sasar dana naik taraf $3j

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Masjid Jamae Chulia yang terletak di South Bridge Road sedang giat melaksanakan projek naik taraf yang dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini. Bagi memastikan projek berjalan lancar, pihak masjid amat memerlukan sokongan dan sumbangan daripada masyarakat.

Dikenali sebagai ‘Periya Palli’, atau Masjid Besar dalam bahasa Tamil, Masjid Jamae Chulia ini berusia 197 tahun. Ia juga telah diwartakan sebagai Monumen Negara pada 1974.


Menurut Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, projek naik taraf yang bermula pada Disember 2022 lalu itu bertujuan meningkatkan kapasiti masjid kepada 1,200 jemaah pada satu-satu masa. Ia juga bakal menjadi lebih mesra warga emas dan golongan kurang upaya.

“Kami sentiasa memastikan masjid ini dalam keadaan baik demi keselesaan masyarakat Islam di Singapura. Oleh itu, kami amat mengharapkan sokongan berterusan daripada semua pihak agar dapat mencapai sasaran dana yang diperlukan,” katanya.

Setakat ini, lebih 80 peratus kerja telah siap dilaksanakan dengan jayanya. Antara penambahbaikan termasuk pemasangan sistem penghawa dingin di ruang solat, menambah bilik darjah serta kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU).

Walaupun projek masih dalam pelaksanaan, operasi masjid tetap berjalan seperti biasa tanpa gangguan. Kegiatan keagamaan seperti kelas Al-Quran dan kuliah maghrib terus diadakan untuk kebajikan jemaah.

Sehingga kini, derma orang ramai yang diterima adalah sebanyak $1.02 juta. Namun, jumlah ini masih jauh daripada sasaran $3 juta yang diperlukan. Anggota masyarakat yang ingin menyumbang boleh menghubungi pejabat masjid.

Dalam mengharungi cabaran ini, Encik Rasheed menukil sabda Rasulullah saw:


“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, tidaklah Allah menambah pada hamba yang pemurah melainkan kemuliaan, dan tidaklah seseorang merendah diri kerana Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya.”

Kita hendaklah terus berusaha dan bertawakal kepada Allah swt. Semoga dengan ikhtiar ini, Masjid Jamae Chulia yang penuh sejarah ini akan terus ditetapkan kedudukannya sebagai masjid tersohor untuk orang Islam di Singapura, ujarnya.


Setelah peningkatan selesai, masjid ini dapat menampung sekitar 1,200 jemaah dan menyediakan kemudahan untuk 100 pelajar pada satu-satu masa, serta menjadi lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.

Masjid Jamae Chulia juga merupakan salah sebuah masjid yang memenuhi keperluan pembelajaran agama Islam, terutamanya bagi golongan Muslim India tempatan, pekerja Islam, dan pelancong di kawasan tengah bandar, menurut Encik Rasheed Zaman.

PROGRAM MASJID

Encik Rasheed Zaman turut memberitahu Berita Harian (BH), walaupun masjid ini sedang dinaik taraf, semua kegiatan dakwah berjalan seperti biasa.


Antara program lazim ialah ceramah agama, kelas Al-Quran, bacaan Surah Yasin dan Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat selain menganjurkan madrasah mingguan.

“Pihak masjid amat bersyukur kerana setakat ini, kami sudah pun menerima sumbangan lebih $1 juta bagi misi untuk projek peningkatan ini. Namun begitu, jumlah yang kami sasarkan lebih tinggi lagi, dan belum pun tercapai.

Justeru, kami amat mengharapkan sokongan dan derma ikhlas daripada orang ramai demi kelangsungan masjid serta dana peningkatan untuk masjid bersejarah ini.

“Meskipun kami sedang menjalankan kerja peningkatan ini, semua program dan kegiatan dakwah di Masjid Jamae Chulia tetap dijalankan seperti biasa, tiada pembatalan ataupun dihentikan.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal untuk nasi beriani berharga $20 dan untuk martabak $10 setiap satu, kepada orang ramai.

HULUR SUMBANGAN IKHLAS KEPADA MASJID JAMAE CHULIA


1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Pengiriman cek atas nama Masjid Jamae Chulia dan kirimkan melalui pos ke alamat Masjid Jamae Chulia 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Imbas kod QR yang tertera di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >