Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Jualan runcit S’pura merosot 0.1% pada Okt

Dec 05, 2023 | 04:45 PM



Jualan runcit Singapura merosot pada Oktober, mengakhiri peningkatan berterusan yang dicatatkan selama lapan bulan berturut-turut.

Penurunan perolehan adalah sebanyak 0.1 peratus tahun ke tahun berbanding pertumbuhan 0.8 peratus yang disemak pada September.

Demikian menurut data terkini yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (Singstat) pada 5 Disember, lapor The Business Times (BT).


Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit turun 1 peratus tahun ke tahun, berbanding pertumbuhan 0.7 peratus pada September.

Setelah diselaraskan secara musiman berdasarkan bulanan, jualan runcit menyusut 0.8 peratus pada Oktober, kurang sedikit berbanding kemerosotan 1.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit turun 1.3 peratus bulan ke bulan pada Oktober, lebih mendalam daripada penurunan 0.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Menurut BT, jumlah nilai jualan runcit pada Oktober mencecah S$4 bilion, dengan 13.1 peratus daripadanya merupakan jualan dalam talian.


Separuh industri berkenaan mencatat kemerosotan tahun ke tahun dalam penjualan runcit.

Industri barangan rekreasi mengalami kemerosotan paling besar, dengan penjualan menguncup sebanyak 8.1 peratus tahun ke tahun, disebabkan permintaan lebih rendah bagi barangan sukan, kata SingStat.

Ini diikuti penjualan perabot dan kelengkapan rumah yang menguncup 7.5 peratus tahun ke tahun, di samping penjualan barangan gedung serbaneka yang susut 6 peratus tahun ke tahun.

Sebaliknya, penjualan makanan dan alkohol melonjak 22 peratus tahun ke tahun.

Jualan kenderaan bermotor naik 8.3 peratus tahun ke tahun, manakala jualan jam tangan dan barang kemas meningkat 6.1 peratus.

Secara berasingan, jualan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) naik 2.4 peratus tahun ke tahun pada Oktober, lebih rendah berbanding peningkatan 6.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Jualan perkhidmatan makanan dan minuman jatuh 1.4 peratus pada Oktober, berbanding penurunan 1.8 peratus pada September.

Katerer makanan menyaksikan penjualan melonjak 19.9 peratus tahun ke tahun, manakala kafe, pusat makanan dan tempat makan lain meraih jumlah penjualan yang naik 6.2 peratus.

Sebaliknya, penjualan di restoran pula menyusut 4.7 peratus tahun ke tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >