Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tinjauan: Sektor perkilangan, perkhidmatan kekal positif walau ekon tidak menentu

Nov 01, 2023 | 01:53 PM



Kebanyakan perniagaan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan kekal optimistik walaupun dalam keadaan tidak menentu geopolitik dan ekonomi, menurut satu laporan tinjauan suku tahunan berasingan yang dikeluarkan pada Selasa.

Baki wajaran bersih sebanyak 7 peratus bagi firma perkilangan menjangkakan keadaan perniagaan bertambah baik bagi tempoh Oktober 2023 hingga Mac 2024, berbanding suku ketiga 2023, menurut Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) dalam laporan terbarunya.

Bagi syarikat perkhidmatan, baki wajaran bersih firma sebanyak 9 peratus menjangkakan prospek perniagaan yang lebih menggalakkan, berdasarkan tinjauan serupa oleh Jabatan Perangkaan (SingStat).

Baki wajaran bersih adalah perbezaan antara wajaran respons positif dengan negatif, dengan angka positif menandakan lebih optimis daripada pesimisme.

Kelompok kejuruteraan pengangkutan paling optimistik di kalangan firma perkilangan, dengan wajaran bersih sebanyak 35 peratus bagi firma yang menjangkakan persekitaran perniagaan yang menggalakkan.

Sentimen positif ini diterajui segmen aeroangkasa, yang melihat permintaan pengembaraan udara global yang kukuh dan lebih banyak pesanan daripada industri minyak dan gas serta tenaga boleh diperbaharui dalam segmen kejuruteraan marin dan luar pesisir.

Baki wajaran bersih sebanyak 23 peratus bagi firma dalam kelompok elektronik meramalkan keadaan perniagaan yang bertambah baik, mengaitkan jangkaan mereka kepada segmen semikonduktor, di mana penyesuaian berterusan dalam inventori pengguna dijangka membawa kepada pemulihan permintaan secara beransur-ansur.

Dalam kelompok perkilangan secara am, baki wajaran bersih firma sebanyak 6 peratus mengunjurkan prospek perniagaan yang lebih baik dalam enam bulan akan datang.

Firma yang menyokong sektor pembinaan dalam pelbagai segmen juga menjangkakan permintaan lebih tinggi bagi produk berkaitan pembinaan berikutan jumlah kegiatan pembinaan yang tinggi.

Industri perkhidmatan profesional – termasuk firma perakaunan, ibu pejabat dan firma perundingan pengurusan – juga optimistik, dengan mereka terlibat dalam rekaan kejuruteraan dan kegiatan perundingan menjangkakan peningkatan dalam jumlah projek.

Perkhidmatan kesihatan turut bersifat optimistik dengan perkembangan kemudahan penjagaan dan perkhidmatan kesihatan dan menjangkakan peningkatan dalam pelancongan perubatan.

Pusat penjagaan kanak-kanak juga positif, menjangkakan peningkatan permintaan bagi perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.

Firma yang terlibat dalam kegiatan perkhidmatan maklumat menyatakan permintaan kukuh bagi perkhidmatan data dan pengkomputeraan awan sebagai sebab bagi sentimen positif mereka.

Dalam sektor perkhidmatan, semua industri melahirkan sentimen positif secara keseluruhan bagi keadaan perniagaan mereka bagi tempoh Oktober 2023 hingga Mac 2024, menjangkakan peningkatan dalam jualan menjelang tempoh perayaan Hari Natal, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina.

Sebanyak 18 peratus firma dalam sektor tersebut yakin dengan keadaan perniagaan, sementara 9 peratus firma meramalkan keadaan perniagaan yang merosot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >