Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Jumlah terhad barangan peribadi boleh dihantar dalam beg diplomatik

Jan 10, 2024 | 07:19 PM



Selain dokumen rasmi, beberapa barangan peribadi juga boleh dihantar menggunakan perkhidmatan beg diplomatik, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, ketika menjawab soalan Encik Vikram Nair (GRC Sembawang) di Parlimen pada 10 Januari.

Soalan itu berikutan insiden melibatkan seorang Ketua Pengarah di Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang didakwa pada 23 November 2023 apabila dia menggunakan beg diplomatik untuk menghantar bungkusan mengandungi kotak ubat Panadol kepada seorang kenalan peribadi.


Ketua Pengarah MFA itu, Gilbert Oh Hin Kwan, didakwa bersikap tidak jujur dengan menipu MFA bahawa dia menghantar bungkusan tersebut kepada rakan sekerjanya, Encik Dion Loke Cheng.

Dr Balakrishnan berkata: “Jumlah barangan peribadi yang terhad dibenarkan untuk membolehkan kakitangan kami melaksanakan tugas di luar negara dengan berkesan. Contohnya, semasa pandemik Covid-19, beberapa bekalan perubatan terhad turut dihantar kepada kakitangan kami.”

Menurut Konvensyen Hubungan Diplomatik Vienna, beg diplomatik yang digunakan untuk barang rasmi tidak boleh dibuka, dicari atau dirampas.

Namun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membenarkan beg diplomatik digunakan untuk bekalan kesihatan yang diperlukan segera untuk kakitangannya dan tanggungan mereka.

Selain kes Oh, tidak ada kes lain yang melibatkan penyalahgunaan beg diplomatik dalam tempoh lima tahun lepas, tambah Dr Balakrishnan.

Oh juga dituduh bersubahat dengan Encik Loke dalam menipu MFA pada 12 Januari 2023, dengan menghasut Encik Loke untuk menghantar bungkusan yang mengandungi jam tangan mewah dari China ke Singapura melalui perkhidmatan beg diplomatik.

Loh didakwa tidak mendedahkan bahawa bungkusan itu ditujukan dan milik untuk orang lain, bukan Encik Loke.

“Kami mempunyai sistem dan garis panduan untuk penggunaan beg diplomatik yang betul, dan kami akan menyemak proses kami secara berkala,” ujarnya.

Dr Balakrishnan berkata kakitangan perlu mengisytiharkan barangan yang dimasukkan ke dalam beg diplomatik, dan barangan itu tidak boleh melanggar sekatan import atau eksport yang dikenakan sama ada oleh Singapura atau negara penerima.

Beliau menambah bahawa barangan yang dimasukkan ke dalam beg diplomatik akan menjalani imbasan X-ray, sama seperti bagasi lain yang masuk ke dalam pesawat, serta sebarang pemeriksaan lain yang dibenarkan secara sah di bawah amalan diplomatik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >