Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Karya seni durian, mi raksasa dipasang meriahkan kejiranan

Dec 14, 2024 | 3:03 PM
(Dari kiri) Artis visual, Cik Esther Ng dan Encik Casey Chen, bersama penduduk Admiralty yang menyertai projek pemasangan karya seni, Cik Lim Gek Luang, Cik Rosaline Lee dan Cik Sally Lim.
(Dari kiri) Artis visual, Cik Esther Ng dan Encik Casey Chen, bersama penduduk Admiralty yang menyertai projek pemasangan karya seni, Cik Lim Gek Luang, Cik Rosaline Lee dan Cik Sally Lim. - Foto ST

Durian raksasa, cawan cendol yang menjulang tinggi, mi dan lidi sate yang besar mula menghiasi beberapa kawasan kejiranan di sini mulai Disember.

Inisiatif melibatkan masyarakat itu bakal menyaksikan tujuh kawasan kejiranan mempamerkan karya seni bertemakan makanan yang bersaiz besar.

Setiap karya seni itu mencerminkan watak dan warisan yang berbeza di kawasan kejiranan berkenaan.

Menurut The Straits Times, tujuh lagi kawasan kejiranan akan menyertai inisiatif seni itu sebulan kemudian.

Keseluruhannya, sebanyak 14 pemasangan karya seni ‘Giant Delight’ bakal melibatkan 19 artis dan sekitar 1,400 penduduk.

Usaha para penduduk itu diterajui oleh Kelab Seni dan Kebudayaan Masyarakat (CACC) masing-masing, yang terdiri daripada sukarelawan yang melaksanakan program seni dan budaya dalam komuniti mereka.

Selain penggiat CACC, para penduduk yang menyertai sama direkrut melalui media sosial dan dari mulut ke mulut.

Beberapa karya seni itu akan turut dipaparkan dalam acara PAssionArts Street sempena perayaan Chingay 2025 pada 7 dan 8 Februari.

“Karya seni ‘Giant Delight’ menggalakkan penduduk untuk mempunyai rasa pemilikan bersama dan kebanggaan terhadap komuniti dan warisan tempatan mereka.

“Ini akan meningkatkan kemeriahan tanah air kita,” kata Cik Esther Quek, timbalan pengarah bahagian perkongsian dan jangkauan dalam bahagian seni dan budaya Persatuan Rakyat (PA).

“Tambahan pula, makanan adalah sesuatu yang menyatukan orang ramai dan kami berharap hasil ciptaan bersama karya seni (melibatkan penduduk, pelajar dan artis) bertemakan makanan berskala besar ini dapat membolehkan penduduk mengeratkan hubungan menerusi makanan kegemaran mereka,” tambahnya.

Pada 10 Disember, para penduduk Admiralty menyaksikan dengan teruja pemasangan karya seni berjudul Strings And Spikes, di kawasan lapang berhampiran Blok 660 Woodlands Ring Road.

Dihasilkan oleh artis Encik Casey Chen, 53 tahun, dan Cik Esther Ng, 37 tahun, pemasangan kayu dua meter kali dua meter yang menggambarkan durian, mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan daripada peringkat konsep hingga pemasangannya.

Kira-kira 120 penduduk berusia empat hingga 80 tahun terlibat dalam pemasangan itu, termasuk kira-kira 30 kanak-kanak prasekolah daripada Pusat Pendidikan Wat Patthar, yang mewarnakan lukisan durian yang menghiasi karya seni itu.

Pengurus pembangunan komuniti pejabat kawasan undi Admiralty, Encik Owen Tan, 34 tahun, berkata CACC, bersama-sama dengan Rangkaian Penduduk dan para artis, membuat saranan tentang makanan yang akan ditampilkan dalam pemasangan.

Mereka memilih durian kerana ia popular dalam kalangan penduduk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg