Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebahagian Taman Tampines Boulevard dibuka

Sep 13, 2024 | 6:51 PM
Bahagian barat Taman Tampines Boulevard yang dibuka pada 13 September mempunyai kawasan berumput yang luas, ciri yang disertakan selepas para penduduk memberi maklum balas tentang perkara yang mereka mahukan di taman itu
Bahagian barat Taman Tampines Boulevard yang dibuka pada 13 September mempunyai kawasan berumput yang luas, ciri yang disertakan selepas para penduduk memberi maklum balas tentang perkara yang mereka mahukan di taman itu - Foto NPARKS

Penduduk Tampines boleh menikmati satu lagi kawasan hijau di kawasan kejiranan mereka dengan pembukaan bahagian barat Taman Tampines Boulevard pada 13 September.

Terletak di daerah Tampines Utara, bahagian barat taman itu berkeluasan 4.78 hektar, lebih besar sedikit daripada 6½ padang bola.

Ia mempunyai kemudahan seperti trek berbasikal sepanjang 60 meter untuk kanak-kanak, buaian yang banyak didapati di seluruh taman dan kawasan bersenam.

Taman itu – yang terdiri daripada bahagian timur dan barat – direka bentuk dengan mengambil kira maklum balas penduduk Tampines, lapor The Straits Times.

Idea untuk taman itu dikumpulkan melalui tinjauan dalam talian yang dijalankan dari Mac hingga April 2020.

Lebih 600 maklum balas diterima, termasuk permintaan untuk kemudahan seperti taman permainan alam semula jadi dan kawasan berumput bagi mengadakan pelbagai kegiatan, yang kedua-duanya telah dimasukkan ke dalam reka bentuk taman itu, kata Lembaga Taman Negara (NParks) pada 13 September.

Taman permainan alam semula jadi itu mempunyai gelongsor yang direka bentuk menyerupai kepala naga dan dibina menggunakan bahan semula jadi seperti kayu balau dan panel berlapik kayu.

Ia bertujuan menggalakkan kanak-kanak bermain dan merapatkan hubungan dengan alam semula jadi.

Kanak-kanak juga boleh menikmati kawasan permainan pasir di taman itu, yang termasuk buaian dan dinding batu.

Kemudahan itu diilhamkan oleh kuari pasir yang pernah terdapat di Tampines.

Bahagian timur Taman Tampines Boulevard dijadualkan dibuka pada Disember dan dipisahkan dari bahagian barat oleh Tampines Avenue 12.

Taman Tampines Boulevard terletak di antara kawasan perumahan baru dengan yang akan dibina, dan terletak berhampiran kawasan hijau lain di sekitar iaitu Taman Sun Plaza, Tampines Eco Green dan Penghubung Taman (PC) Tampines.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg