Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Keluarga bercerai perlu sokongan emosi

Jan 14, 2024 | 05:30 AM



Memulakan hidup baru selepas perceraian adakalanya sangat sulit bagi pasangan yang sudah berpisah. Oleh itu, sokongan dan khidmat kaunseling daripada PPIS As-Salaam sangat membantu mereka mengharungi masa yang mencabar ini.  

Menceritakan usaha PPIS As-Salaam dalam mengatasi cabaran tersebut, Pekerja Sosial Utama di Pusat Sokongan Keluarga PPIS As-Salaam, Cik Zahara Mahmood, berkata: “Pertamanya, kami mengadakan sesi bersama kedua-dua ibu bapa untuk membincangkan langkah demi kebaikan anak-anak mereka.

“Selepas sesi kaunseling, keadaan emosi seseorang itu biasanya menjadi lebih tenang untuk membina kehidupan baru sebagai ibu atau bapa tunggal.

“Daripada itu, amat penting untuk mendapatkan sokongan di peringkat awal bagi mengelakkan sikap berputus asa dan kesunyian.

“Bantuan profesional di PPIS As-Salaam membolehkan seseorang yang menghadapi perceraian, mempelajari kemahiran baru seperti cara mengendalikan emosi, kesedaran corak komunikasi, dan cara bekerjasama dengan bekas pasangan untuk melaksanakan hubungan keibubapaan bersama yang positif.”

Ketua Pembangunan Belia dan Masyarakat Masjid Darul Ghufran, Ustaz Fakhrudin Amin, yang bertauliah dalam memberi nasihat berhubung isu-isu rumah tangga di Singapura, juga mengulas mengenai cabaran perceraian.

Beliau yang turut bekerjasama dengan PPIS As-Salaam memberitahu, antara isu yang sering dihadapi oleh pasangan bercerai ialah isu penjagaan anak, isu pendapatan, isu rumah (jika sudah dimiliki) serta isu hubungan bersama bekas keluarga mertua.

“Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Tetapi, jika ini jalan yang terbaik dan dapat memberikan kesan positif kepada dua pihak, maka ambillah jalan ini.

“Allah swt mengingatkan kita, jika kita menghadapi cabaran kehidupan, hendaklah kita bersabar, kerana orang yang sabar akan diberikan berita gembira.


“Apabila menjaga anak bersama, elakkan cerita keburukan atau kekurangan pasangan kerana ia boleh merosakkan minda anak-anak.

“Fokuskan kepada kebajikan anak-anak, terutamanya soal pendidikan agama dan duniawi. Bantu mereka capai pendidikan tertinggi dan berikan tuntutan emosi seperti kebahagiaan, yang juga dititikberatkan dalam agama,” pesan ustaz.

Tip urus kehidupan selepas perceraian daripada PPIS As-Salaam:

Kendali perasaan: Kenali dan akui perasaan anda. Ia adalah sangat penting untuk anda kendalikan emosi negatif supaya ia tidak memudaratkan sehingga boleh menyebabkan kemurungan.


Kurangkan tekanan: Luahkan perasaan anda kepada ahli keluarga, teman yang anda percayai atau kaunselor.


Lakukan aktiviti: Luangkan masa untuk diri anda sendiri (‘me time’). Belajar menghargai dan menenangkan diri. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah membaca buku, menonton wayang, bersukan, bersiar-siar, ikuti program sokongan dan pelbagai lagi.


Jelas dengan peranan: Ketahui dengan jelas peranan penting anda sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak. Oleh itu, amat digalakkan untuk menggelar pihak yang lain sebagai ibu atau ayah kepada anak, dan elak menggunakan istilah ‘bekas pasangan saya’. Ini akan membezakan antara yang lalu dan sekarang. Berikrar untuk mengutamakan kebahagiaan anak-anak anda.


Kawalan diri: Elak terpengaruh dengan sikap negatif daripada pihak lain. Bertindak secara matang dan kekalkan adab ketika berinteraksi dengan ibu atau bapa kepada anak anda. Jika ibu bapa dapat menangani konflik dengan baik, ia akan membawa kesan yang lebih positif kepada anak-anak.


Galak masa bersama: Beri galakan kepada anak-anak untuk luang masa bersama ibu atau bapa semasa waktu ‘access’. Kehidupan dan emosi anak-anak akan lebih stabil, apabila kedua-dua ibu dan bapa kekal hadir dalam hidup mereka, walaupun keluarga telah bercerai.


Patuhi perintah mahkamah: Kedua-dua ibu dan bapa digalakkan untuk meneliti dan menghormati perintah mahkamah bagi mengelakkan sebarang konflik. Walaupun ia fasa mencabar kerana mungkin hubungan akan tersekat dek perintah mahkamah, berilah masa kepada semua pihak. Letakkan harapan bahawa apabila hubungan dan kepercayaan antara ibu dan bapa lebih kukuh, perbincangan boleh diadakan antara satu sama lain, khususnya berkenaan isu ‘access’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >