Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kepimpinan cemerlang Presiden Halimah jadi kebanggaan negara

Main peranan sebagai wakil S’pura kepada dunia dengan cemerlang, selain berdedikasi dalam perjuangkan nasib golongan kurang bernasib baik
May 30, 2023 | 05:30 AM



TUGAS dan tanggungjawab sebagai Ketua Negara telah dilaksana dengan seakal budinya.

Malah, bukan sahaja di dalam negara, Presiden Halimah Yacob juga telah memainkan peranan sebagai wakil Singapura dengan sangat cemerlang di luar negara, kata beberapa pengamat politik dan pemimpin negara serta masyarakat berikutan kenyataan Puan Halimah bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang.

Bahkan, menurut Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, sepanjang tempohnya sebagai Presiden Singapura, Puan Halimah telah “berkhidmat dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi, belas kasihan dan kelembutan”.

“Presiden Halimah memperjuangkan masyarakat dengan berakar umbi dalam sifat empati dan kebaikan dan sentiasa memberi perhatian khusus kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan rentan.

“Saya telah bekerja dengannya paling rapat dalam peranannya sebagai penjaga rizab kami. 

“Sebagai Presiden, beliau memastikan rizab Singapura digunakan dengan bijak.

“Semasa kemuncak pandemik Covid-19, persetujuannya untuk menggunakan rizab masa lalu adalah penting dalam melindungi nyawa dan mata pencarian serta membantu kita muncul lebih kukuh,” kata Encik Wong dalam satu pos di Facebook.







Sementara itu, ketika dihubungi, Profesor Madya Eugene Tan daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU) berkata:

“Puan Halimah telah mengharungi kejayaan cemerlang sebagai ketua negara Singapura.

“Beliau telah memberikan yang terbaik dan telah membawa semangat yang tidak dijangkakan serta profil tinggi yang telah sekian lama tidak kelihatan dalam pejabat.”

“Penentangnya patut menjadi penyokongnya sekarang.

“Saya tidak fikir beliau berhasrat untuk menawan hati mereka atau membuktikan bahawa mereka salah, tetapi dengan memberi tumpuan terhadap tugasnya, sumbangan beliau adalah bukti nyata yang lebih berharga daripada setakat kata-kata kosong,” tambah beliau.

Pada awal tempoh perkhidmatannya, Puan Halimah telah menerima kritikan daripada sebilangan pihak yang tidak senang beliau berjaya menyandang jawatan Presiden tanpa bertanding pada 2017.

Beliau dilantik tanpa bertanding – kerana tiada calon lain yang layak ketika itu – dalam Pilihan Raya Presiden yang diperuntuk bagi kaum Melayu.

Namun, setelah enam tahun berkhidmat, Profesor Madya Tan berpendapat Puan Halimah mempunyai “prospek yang sangat baik seandainya beliau mahu bertanding semula”.

“Mana-mana calon lain yang mahu bertanding sama akan memasuki perlawanan tersebut sebagai ‘underdog’,” katanya.







Pengamat politik, Encik Zulkifli Baharudin, berkata Puan Halimah telah mewakili Singapura dengan sangat cemerlang, termasuk sebagai presiden wanita pertama negara ini.

“Sebagai seorang wanita dan daripada kaum minoriti, beliau berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa Singapura boleh menghasilkan seorang presiden wanita dan minoriti yang boleh mewakili negara ini dengan cemerlang,” ujar beliau.

Sama ada seseorang menyokong atau tidak, sebagai sebuah masyarakat yang matang dan berbudi, adalah patut untuk kita melahirkan penghargaan kepada pemimpin yang telah berkhidmat kepada negara dengan sangat cemerlang, kata Encik Zulkifli.

Sementara itu, presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, berkata:

“Sebagai ketua negara wanita pertama di Singapura dan berasal dari latar belakang minoriti, beliau telah memecahkan sebarang halangan dan menunjukkan bahawa bakat, semangat dan keikhlasan hati adalah ukuran penting kejayaan. 

“Pencapaian beliau menjadi bukti kepercayaan bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang mereka, boleh menjawat kedudukan tertinggi yang ditawarkan oleh negara.”







Kedua-dua Encik Zulkifli dan Profesor Madya Tan menambah bahawa keputusan Puan Halimah untuk tidak bertanding semula adalah sesuatu yang boleh difahami.

“Saya rasa bagi seseorang berkhidmat (sebagai Presiden) melebihi satu tempoh agak mencabar kerana mereka dilantik pada usia yang sudah agak lanjut dan untuk melalui kehidupan sedemikian di mana terdapat banyak pengorbanan yang perlu dilakukan memang agak susah.

“Ia memerlukan seseorang yang mempunyai banyak stamina fizikal, kepantasan dan kewaspadaan. Bahkan bukan sahaja kesihatan tetapi seseorang yang mesti bersedia pada peringkat kehidupan itu untuk membuat pengorbanan terbesar bagi negara – seluruh hidupnya dipantau dan beliau terdedah kepada semua jenis kritikan, jadi saya fikir jika beliau memutuskan untuk tidak bertanding semula, ia adalah haknya untuk berbuat demikian,” kata Encik Zulkifli.

Profesor Madya Tan pula berkata:

“Tahap kepantasan dalam tugasnya sepanjang tempoh menjadi Presiden yang tiada hentinya, selain cabaran…semasa pandemik Covid-19 mungkin menyebabkannya tidak mahu bertanding semula.”

Pun begitu, beliau berkata Puan Halimah, 68 tahun, akan dikenang bagi semangat, dinamisme dan dedikasi yang dibawanya sebagai Presiden.

Kalendar tugasnya padat, terutamanya bagi peranan kemasyarakatan yang dimainkan oleh presiden yang dilantik, jelasnya.

Sebagai lambang perpaduan, Puan Halimah telah terlibat secara aktif dalam masyarakat, menyokong pelbagai tujuan sosial; dalam peranan perlembagaannya, beliau akan diingati bagi lima Belanjawan yang diluluskannya pada tahun kewangan 2020-21 untuk membolehkan negara menangani “krisis satu generasi” dek pandemik yang melanda.

“Tidak boleh dinafikan komitmennya yang tidak putus-putus terhadap peranan perlembagaan, istiadat dan masyarakat di pejabat. 

“Beliau telah menaikkan profil jawatan presiden yang dilantik dan menunjukkan betapa pentingnya jawatan tersebut dalam sistem pemerintahan kita,” ulas Profesor Madya Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >