Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

KG Catering didenda; digantung dua minggu

Jan 25, 2024 | 05:44 PM



Syarikat KG Catering telah digantung selama dua minggu, dari 23 Januari hingga 5 Februari, selepas mengumpul 12 mata demerit dalam tempoh setahun.

Ia berkaitan dengan satu insiden yang menyebabkan seramai 92 orang jatuh sakit.

Perniagaan katering itu terletak di 171 Kampong Ampat dekat MacPherson dan telah didenda bagi dua kesalahan.

Pertama ia gagal memastikan premisnya bebas daripada jangkitan.

Kedua ia menjual atau menyediakan makanan yang boleh tercemar.

Setiap kesalahan dikenakan enam mata demerit, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) pada 23 Januari.

Pemegang lesen yang mengumpul 12 atau lebih mata demerit dalam tempoh setahun mungkin digantung lesennya sama ada selama dua minggu atau empat minggu, atau dibatalkan, kata SFA, yang dipetik The Straits Times (ST).


“Semua pengendali makanan yang bekerja di premis yang digantung juga dikehendaki menghadiri semula dan lulus Kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) Keselamatan Makanan Tahap 1 sebelum mereka boleh menyambung semula kerja sebagai pengendali makanan.

“Pemegang lesen juga dikehendaki memastikan semua pegawai kebersihan makanan yang bekerja di premis yang digantung, jika ada, hadir semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan WSQ Tahap 3,” kata agensi itu.

Pada November 2023, KG Catering didapati melanggar peraturan keselamatan makanan apabila seramai 92 orang mengalami keracunanan makanan selepas makan makanan yang disediakan antara 20 September dengan 11 Mac 2023.

Akibatnya, SFA juga menggantung operasi perniagaan makanan KG Catering dari 9 November 2022 hingga 1 Februari 2023.

Disember lalu, syarikat katering Shiok Kitchen Catering digantung ekoran wabak gastroenteritis – radang perut dan usus – yang menjejas 95 individu yang melangganinya.

SFA mengingatkan pengendali makanan supaya mematuhi amalan penyediaan makanan yang baik dan amalan kebersihan diri pada setiap masa.

Mereka juga perlu memastikan perniagaan mereka hanya melibatkan pengendali makanan berdaftar.

Agensi itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Alam Sekitar, tambahnya.

Sesiapa yang melihat pelanggaran undang-undang boleh melaporkan perkara itu melalui www.sfa.gov.sg/feedback atau menghubungi SFA di talian 6805-2871.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >