Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Shiok Kitchen Catering digantung susuli kes keracunan makanan jejas 95 individu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shiok Kitchen Catering digantung susuli kes keracunan makanan jejas 95 individu

Dec 14, 2023 | 05:55 PM



Syarikat katering makanan, Shiok Kitchen Catering, telah digantung ekoran wabak gastroenteritis – radang perut dan usus – yang menjejaskan 95 individu yang melanggani firma itu.

Mereka yang terjejas jatuh sakit selepas mengambil makanan yang disediakan oleh firma itu antara 7 dengan 8 Disember, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada 14 Disember.

Tiada seorang pun daripada individu itu dimasukkan ke hospital, dan mereka yang terjejas telah pun mendapatkan rawatan perubatan.

Namun, siasatan masih diteruskan.

Syarikat katering yang terletak di 1 Senoko Avenue itu akan digantung oleh SFA mulai 14 Disember sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ia juga telah diarahkan supaya membersihkan dan nyah jangkitan premisnya, termasuk semua peralatan dan perkakas, dan membuang semua bahan makanan yang sedia untuk dimakan dan mudah rosak.

Selain itu, semua pengendali makanannya perlu mengambil semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 1 dan disahkan negatif dalam ujian bagi penyakit bawaan makanan sebelum mereka boleh menyambung semula kerja.

Pegawai kebersihan makanan yang bertugas di premis tersebut akan dikehendaki lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 3 semula sebelum menyambung kerja.

Shiok Kitchen Catering mempunyai penilaian purata 4.3 bintang pada ulasan Google dan 4 bintang pada portal katering dalam talian, Foodline.

SFA mengingatkan pengendali makanan supaya mematuhi peraturan makanan yang baik dan amalan kebersihan diri pada setiap masa.

Agensi itu turut memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar Akta Persekitaran Kesihatan Awam.

Orang ramai yang mendapati amalan kebersihan yang tidak baik di tempat-tempat penjualan makanan dinasihatkan supaya menghindarinya, dan sebaliknya melaporkan butiran berkaitan kepada SFA melalui borang maklum balas dalam talian.

Pada 13 Mac 2021, seramai 43 kakitangan Maktab Rendah Temasek dilaporkan mengalami gejala gastroentritis akibat mengambil makanan yang disediakan oleh syarikat Chilli Api Catering.

​Lapan daripada mereka telah dimasukkan ke hospital akibat masalah keracunan berkaitan makanan yang mereka ambil itu. – ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >