Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Kumpulan Mutiara Alkaff penyeri Muslimah di masjid

Nov 10, 2023 | 05:30 AM



Didorong oleh semangat mahu meneruskan tradisi marhaban dalam masyarakat, Masjid Alkaff Kampung Melayu telah menubuhkan sebuah kumpulan marhaban yang dianggotai oleh kaum wanita sahaja.

Ditubuhkan pada 2010, kumpulan yang diberi nama Mutiara Alkaff itu masih giat hingga kini dengan dianggotai 23 wanita. Ia mulanya dipimpin oleh Cik Aishah Ahmad dan kini diketuai Cik Esah Ali.

Naib pengerusi Masjid Alkaff Kampung Melayu, Cik Faridah Mansoor, berkata banyak kegiatan kerohanian dijalankan seperti marhaban, agar golongan muda dan pelapis mengetahui banyak program Islamiah menarik dan bermakna yang dianjurkan oleh pihak masjid.

‘‘Kami tubuhkan kumpulan ini supaya budaya marhaban dalam masyarakat kita dapat diteruskan memandangkan ia warisan yang begitu bernilai. Jika tiada pengganti dalam kalangan orang muda, dikhuatiri ia akan pupus begitu saja tanpa kita mengetahui sejarah dan kelebihannya,” jelas Cik Faridah.

Beliau menerangkan, kumpulan itu meluaskan kegiatannya dengan menerima undangan untuk majlis seperti cukur rambut serta zikir dan selawat dengan bayaran $350 bagi daerah berdekatan masjid dan $450 daerah yang jauh darinya. Hasil bayaran yang diterima juga akan disalurkan sebahagiannya untuk dana peningkatan masjid ini.

‘‘Kelebihan kegiatan seperti ini ialah sebahagian bayaran yang diterima hasil persembahan oleh kumpulan ini disalurkan kepada projek peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu,’’ kata Cik Faridah.

Mutiara Alkaff sebenarnya telah dibentuk di bawah kumpulan wanita masjid itu yang diberi nama Muslimah Alkaff, yang giat menganjurkan pelbagai kegiatan. Ini termasuk kelas selawat, kelas Al-Quran, kelas fardhu ain, kuliah dhuha, kelas tafsir Al-Quran dan kelas marhaban. Semua kegiatan ini diadakan di dewan serbaguna masjid itu.

Selain itu, Muslimah Alkaff juga menganjurkan kegiatan berkebun pada pagi Sabtu dan kegiatan spontan seperti berwisata dan berjalan pantas.

Menyentuh tentang kumpulan Muslimah Mutiara Alkaff dan program peningkatan masjid, Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohd Taufiq Mohd Ismail, memberitahu Berita Harian (BH), pihak masjid sentiasa mengalu-alukan sokongan orang ramai. Kerja peningkatan ini perlu dilakukan demi keselesaan jemaah, terutamanya warga emas yang tinggal di persekitaran kawasan masjid. Acara seperti selawat dan marhaban pula, mampu mengeratkan lagi kecintaan hamba-Nya kepada Sang Pencipta dan Rasulullah saw.


“Bagi pihak masjid kami merasakan acara sebegini selain dapat meneruskan tradisi memperingati Rasulullah menerusi bacaan selawat dan marhaban, ia juga terbukti mampu menambahkan lagi semangat cintakan masjid buat kaum Muslimah kita khususnya dalam usaha mereka mengumpul dana bagi projek peningkatan Masjid Alkaff kampung Melayu tidak lama lagi,” tambah Ustaz Mohd Taufiq.

CARA MENDERMA KEPADA DANA PENINGKATAN MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU


1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi ke finance@alkaffkm.mosque.org.sg


2. Hantar cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. Orang ramai boleh mengimbas kod QR yang tersedia untuk menghulur sumbangan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >