Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Forum khas ‘Identiti Remaja’ oleh Timbalan Mufti dan Naib Presiden Pergas

Masjid Alkaff anjur majlis sambutan Maulud, bazar mini pada 7 Oktober

Oct 04, 2023 | 05:31 AM



Satu majlis gah akan diadakan bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul, ‘Maulid & Bazaar’, pada Sabtu, 7 Oktober ini, bertempat di Masjid Alkaff Kampung Melayu, di Bedok Reservoir Road.

Acara itu diharapkan meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kehidupan Nabi Muhammad saw serta menggalak perpaduan dan keharmonian kaum di sini.


Sempena sambutan Maulud itu nanti, pihak masjid juga berharap orang ramai dapat menyumbang untuk menaja sambutan tersebut yang dianggarkan mencapai $15,000.

Pengunjung boleh turut sama dalam sambutan yang akan diadakan dari 10 pagi hingga 10 malam itu.

Antara aktiviti yang tersedia termasuk bazar mini dan pameran, persembahan Maulud oleh sekumpulan kaum Muslimah, Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan persembahan khas oleh pekerja migran dari Bangladesh.

Selain itu ada acara kompang selawat, selawat belia, peraduan tahfiz serta sesi perkongsian tentang kesihatan. Jamuan istimewa buat hadirin turut disediakan bermula 2 petang.

Pada sebelah malam pula, satu forum khas yang membincangkan topik berjudul ‘Identiti Remaja – Panduan abad ini bagi ibu bapa bijak’ akan berlangsung selepas solat isyak di dewan solat utama masjid itu.

Ahli panel terdiri daripada Timbalan Mufti Ustaz, Dr Izal Mustafa Kamar; Naib Presiden Pergas, Ustazah Kalthom Isa; dengan moderatornya ialah Ketua Jabatan Dakwah dari Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Sheikh Umar Abdul Aziz.

Forum itu bertujuan mengajak hadirin melihat pendekatan yang diajarkan Rasulullah saw dalam membuat persiapan membimbing generasi masa depan.


Selain itu, pasukan daripada ‘North East Cancer Warrior Support Scheme’ bakal berkongsi maklumat mengenai skim dan bantuan yang disediakan bagi pesakit barah. Pihak Pertubuhan Palang Merah Singapura (SRC) juga akan menerangkan kepentingan dan menggalak orang ramai tentang pendermaan darah.

Menurut Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohd Taufiq Mohd Ismail, bersempena dengan acara yang bakal berlangsung ini, beliau mengharapkan sokongan ramai, dan yakin acara sebegini mampu meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang keperluan sosial.

“Kami menganggarkan kehadiran seramai 700 pada sebelah siang manakala 300 orang pula dijangka hadir mengikuti forum pada malam hari. Pihak kami juga mengharapkan sokongan yang berterusan daripada masyarakat di sini.

“Acara sambutan Maulidur Rasul sebegini, dapat meningkatkan kesedaran masyarakat akan pengorbanan yang pernah dilalui oleh Baginda dalam menangani pelbagai isu masyarakat dan keluarga.

“Secara tidak langsung, ukhuwah antara kaum Muslimin dan keharmonian kaum di antara kita semua tetap terjalin erat dan terpelihara,” jelas Ustaz Mohd Taufiq.

Masjid Alkaff Kampung Melayu kini sedang giat mengumpul dana bagi projek naik taraf yang bakal dijalankan tidak lama lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >