Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lampu pintar di laluan basikal, jejatas, perhentian bas jelang pertengahan 2025

Oct 2, 2024 | 5:43 PM
Sistem lampu pintar telah digunakan bagi menerangi jalan di serata  Singapura sejak September 2023.
Sistem lampu pintar telah digunakan bagi menerangi jalan di serata Singapura sejak September 2023. - Foto ST

Sistem lampu pintar yang kini digunakan bagi menerangi jalan raya di serata Singapura akan dipasang di sepanjang laluan pejalan kaki, laluan berbasikal, jejatas serta perhentian bas dan teksi menjelang pertengahan 2025.

Sepanjang 2023, semua lampu jalan di Singapura – lebih 110,000 daripadanya – boleh dihidup dan dimatikan dari jauh sebagai tindak balas mengikut keadaan cuaca dan perubahan keperluan lampu jalan sepanjang hari.

Pada September 2023, Singapura menjadi negara pertama di dunia yang menukar semua lampu jalan kepada lampu pintar di bawah sistem kawalan jauh dan pemantauan (RCMS), lapor The Straits Times (ST).

Sistem itu telah menjimatkan penggunaan tenaga dan tenaga kerja bagi memantau kerosakan dan menghidupkan serta mematikan lampu secara manual.

Ia juga telah membolehkan rejim penyelenggaraan yang lebih cekap dan responsif, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

RCMS akan diperluaskan bagi meliputi 350 kilometer (km) laluan pejalan kaki berbumbung dan 525km laluan berbasikal, serta 560 jejatas pejalan kaki dan 4,400 perhentian bas dan perhentian teksi.

LTA mengumumkan rancangan tersebut pada 2 Oktober.

Pada masa ini, sekitar 30 peratus lampu di kemudahan melibatkan penumpang dilengkapi dengan teknologi RCMS yang dipasang antara Mac dengan Ogos.

Apabila RCMS dipasang sepenuhnya di kemudahan melibatkan penumpang menjelang pertengahan 2025, ia dijangka menjimatkan tenaga kira-kira 0.124 juta kilowatt sejam (kWh) setiap tahun.

Dengan RCMS, lampu jalan menggunakan tenaga kurang 8.75 juta kWh dalam setahun berbanding sebelumnya, kata LTA.

Ini bersamaan dengan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan kira-kira 2,000 flat empat bilik dalam setahun.

Menurut LTA, sistem tersebut dapat mengesan kerosakan dan memaklumkan kakitangan penyenggaraan, untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan pada hari yang sama.

Ini menyaksikan penurunan 80 peratus maklum balas orang ramai mengenai isu penyenggaraan.

Sebelum RCMS dilaksanakan, LTA menerima kira-kira 800 maklum balas setiap bulan.

Pihak berkuasa membelanjakan $76.3 juta untuk memasang sistem lampu pintar termasuk RCMS dan menukar lampu jalan kepada jenis diod pemancar cahaya atau LED.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg