Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Masjid agih bantuan kepada penerima zakat di daerah barat

Jan 12, 2024 | 05:31 AM



Seramai 242 keluarga penerima zakat telah dibantu sejak Disember 2023 dan jumlah fidyah bernilai $38,000 telah diagihkan.

Agihan ini dalam bentuk baucar daripada Sheng Siong diberikan kepada keluarga ini demi terus menyokong keperluan barangan runcit mereka berikutan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Cik Hafidzah Farof, bantuan ini diberikan untuk keluarga yang memerlukan bagi menangani keperluan persekolahan anak-anak mereka.

“Keluarga penerima zakat menerima bantuan akhir tahun daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk terutamanya menyara persekolahan anak-anak mereka.

“Keluarga-keluarga terpilih yang mempunyai anak-anak bersekolah turut disokong dengan kad hadiah daripada empat (kedai) pilihan – Popular, Bata, Typo dan Smiggle,” kata Cik Hafidzah.


Katanya lagi, Pendamping (Befrienders) Ar-Raudhah telah melakukan 208 lawatan ke rumah pada tahun 2023 penerima zakat warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik.


Masjid Ar-Raudhah telah membantu keluarga susah sejak lebih 20 tahun dan menambah nilai dengan mengadakan program-program pengetahuan untuk keluarga-keluarga tersebut.

Masjid ini telah bekerjasama dengan Daerah Barat dan Muis untuk mengadakan program-program dan telah berusaha menubuhkan pembangunan sosial yang dipimpin masjid.

Masjid yang diiktiraf sebagai Masjid Pembangunan Sosial mempunyai unit pembangunan sosial yang dapat membantu keluarga-keluarga penerima zakat.

“Kami amat menghargai dan meneruskan kerja yang baik ini daripada pegawai lama untuk membantu keluarga tersebut,” jelas Cik Hafidzah lagi.

Golongan belia daripada keluarga penerima zakat turut diberikan sokongan yang berlainan.

Bagi program ‘Under the Sky’ (UTS), program khusus untuk belia, dengan belia daripada keluarga penerima zakat disepadukan dengan Pemimpin Belia Ar-Raudhah, atau Al Fateh, dan pelajar aLIVE telah mendapat sokongan daripada Muis.

“UTS bertujuan menyediakan platform dan ruang selamat untuk belia bersuara dan berkongsi tentang pelbagai tajuk dalam suasana di luar (outdoor). Selain menyediakan pendidikan Islam dalam suasana yang lebih santai, ia akan menampilkan ceramah motivasi oleh penceramah jemputan yang akan membincangkan cabaran peribadi mereka sebagai remaja dan bagaimana mereka mengatasinya,” jelas Cik Hafidzah yang telah lapan tahun bekerja di masjid ini.


Beliau turut berkongsi maklum balas positif daripada para belia ini melalui program UTS ini.

“Mereka kata, mereka belajar erti istiqamah dan ia mendorong mereka agar menjadi orang yang lebih baik. Selain itu, mereka sedari bahawa mereka boleh belajar agar sentiasa mempunyai harapan dalam hidup dan terus bertahan,” katanya, mengakhiri perkongsian.


HULUR BANTUAN


Bantuan kepada Masjid Ar-Raudhah, boleh dilakukan melalui:

1. PayNow ke UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantarkan cek atas nama: Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan posk ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Imbas kod QR yang disediakan.

6. Hubungi talian +65 6899-5840 atau layari arraudhahmosque.com bagi mendapatlkanmaklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >