Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Program silang agama masjid erat keharmonian kaum

Dec 08, 2023 | 05:30 AM



Dalam usaha menjadikan ia sebuah masjid yang memberikan khidmat cemerlang kepada masyarakat, Masjid Ar-Raudhah telah mengatur beberapa program bermutu untuk jemaah dengan tujuan menyemarakkan dan memakmurkan lagi masjid itu dalam kalangan penduduk.

Antara khidmat tersebut ialah menjadikan Masjid Ar-Raudhah sebagai tempat Raudhatul Quran dan Galeri Islam Harmoni serta mencapai beberapa pentauliahan demi kemudahan dan keselesaan jemaah, demikian menurut pengurus Masjid Ar-Raudhah, Cik Maszita Mohammad.

Mengenai Raudhatul Quran, beliau menjelaskan bahawa ia sebagai satu daya usaha untuk menggalakkan pembelajaran Al-Quran dalam kalangan penduduk Islam, khususnya di daerah Bukit Batok. Ia termasuk menekankan tahap pembelajaran 5M iaitu membaca, menulis, memahami, menghafal dan menghayati Al-Quran dalam kalangan pelajar.

Khidmat bermutu lain yang telah diatur, tambahnya, ialah menubuhkan Galeri Islam Harmoni dan mendapatkan pensijilan SPARK (Singapore Preschool Accreditation Framework, atau Rangka Kerja Pentauliahan Prasekolah Singapura) yang bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan kanak-kanak prasekolah.


Galeri Islam Harmoni pula sesuai diadakan kerana Masjid Ar-Raudhah meraikan Hari Keharmonian setiap tahun, kata Cik Maszita.

‘‘Bagi mencapai matlamat itu, masjid ini telah mengadakan program untuk memupuk kesefahaman dan keharmonian antara agama dan kaum, dan berusaha serta bekerjasama dengan kelab masyarakat dan pertubuhan antara agama,’’ tambahnya.

Sementara itu, beberapa usaha yang telah berjaya dicapai Masjid Ar-Raudhah termasuk mendapatkan piawaian BizSafe (untuk mencapai keselamatan dan tahap kesihatan baik dalam kalangan pekerja) dan SGClean (untuk meningkatkan tahap kebersihan di tempat awam) bagi kemudahan dan keselesaan jemaah.

Selain itu, masjid itu telah juga menyediakan sudut mesra jemaah sempena pelancaran Hari Kecemerlangan Khidmat di masjid tersebut pada 16 September lalu.

‘‘Ia usaha untuk meningkatkan budaya kerja cemerlang dan memberi keselesaan dan memanfaatkan masa jemaah yang ingin berehat sebelum atau selepas beribadah di rumah Allah swt,’’ jelas Cik Maszita, sambil mengucapkan terima kasih kepada jemaah yang memberi sokongan padu dan sumbangan ikhlas untuk menjayakan semua program dan usaha membaik pulih prasarana masjid itu.


HULUR DERMA


Cara menderma kepada Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow ke UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Kiriman cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah yang diposkan ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Imbas kod QR yang disediakan.

6. Hubungi talian +65 6899-5840 atau layari arraudhahmosque.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >