Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Sasaran dana masih jauh walau dapat kumpul $100,000 dari Tabung Jumaat

Aug 25, 2023 | 05:30 AM



Usaha Masjid Alkaff Kampung Melayu mengadakan kegiatan Tabung Jumaat di masjid-masjid di Singapura pada Jumaat, 18 Oktober lalu, telah membuahkan hasil dengan jumlah terkumpul melebihi $100,000.

Pengerusi masjid tersebut, Encik Mohamed Faizul Othman, melahirkan rasa syukur dan besar hati dengan sumbangan orang ramai melalui kegiatan itu yang bertujuan menambah dana bagi peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu, meskipun ia masih jauh daripada sasaran jumlah yang ingin dikumpulkan masjid tersebut.

‘‘Bagi mewakili Masjid Alkaff Kampung Melayu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama ketua jabatan, staf, sukarelawan dan anggota lembaga pentadbir masjid kami yang telah bertungkus-lumus merancang projek ini sejak awal.

‘‘Kami juga ingin memberi penghargaan buat semua kakitangan masjid-masjid dan sukarelawan di serata Singapura yang banyak membantu dan meringankan kerja kami.

“Setiap masjid telah mengadakan dua sukarelawan untuk memegang tabung kami.

“Tidak lupa juga kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemandu kumpulan PADI (Persatuan Perpaduan Amal dan Ibadah) yang amat biasa dengan proses sedemikian,’’ kata Encik Mohamed Faizul.

Beliau menambah bahawa Tabung Jumaat itu adalah yang pertama kali diadakan oleh masjid itu sejak pandemik Covid-19, dengan peluang diberikan agar ia mendapatkan kutipan derma di seluruh masjid di Singapura.

‘‘Alhamdulillah rata-rata hampir seluruh masjid di Singapura telah terlibat. Kebanyakannya membantu kami dengan menyediakan sukarelawan untuk memegang tabung pada sesi solat Jumaat. Sambutannya amat menggalakkan.

“Ini terbukti bahawa bahagian One Mosque Sector (OMS) yang diperkenalkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah berjaya memberikan kesan positif,’’ katanya lagi.

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menyumbang kepada dana peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu menerusi kegiatan Tabung Jumaat yang lalu, mereka boleh tetap menderma untuk mencukupkan dana peningkatan itu secepat mungkin melalui cara lain yang disediakan agar kerja peningkatan dapat dimulakan secepat mungkin, tambah Encik Faizul.

CARA MENDERMA BAGI DANA PENINGKATAN


1. Pemindahan bank OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar atau screenshot transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg


2. Hantarkan cek anda atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow UEN: S94MQ0017D atau imbas kod QR yang tertera. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke Pejabat Masjid dari Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5.30 petang.

5. Sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >