Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Masjid Alkaff Kampung Melayu jayakan korban di Probolinggo, Indonesia

Jul 07, 2023 | 05:30 AM



Acara ibadah korban anjuran Masjid Alkaff Kampung Melayu (MAKM) di Probolinggo, Surabaya, Indonesia, selamat dilaksanakan pada 30 Jun hingga 2 Julai lalu.

Buat julung-julung kalinya, Masjid Alkaff diberi peluang menganjurkan ibadah korban di luar negara dan acara itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan 70 kambing dan empat lembu telah ditempah untuk ibadah korban di Indonesia tahun ini.

Ibadah korban tersebut berlangsung pada hari tasyrik yang pertama bersamaan dengan 30 Jun lalu, menurut Ketua Jabatan (Penglibatan dan Jangkauan) Masjid Alkaff, Ustaz Md Noor Samat.

Beliau bersama Pengerusi masjid, Encik Mohamed Faizul Othman, dan Pegawai Pembangunan Belia, Ustaz Md Irwan Saian, berangkat dari Singapura pada pagi 30 Jun lalu dan langsung ke Probolinggo dari lapangan terbang Surabaya.

Perjalanan mereka menuju kawasan Probolinggo mengambil masa sekitar dua jam 30 minit.

“Alhamdulillah, kedatangan kami disambut dan diraikan dengan begitu mesra dan santun,” kata Ustaz Md Noor. Kegiatan penyembelihan haiwan korban dijalankan oleh Encik Mohamed Faizul, Ustaz Md Noor dan Ustaz Md Irwan sendiri.

Mengulas tentang tujuan dan matlamat Masjid Alkaff Kampung Melayu mengadakan ibadah korban di luar negara, Ustaz Md Noor berkata:

“Tujuan dan matlamat ibadah korban ini adalah untuk menegakkan syiar Islam sambil berkongsi dan menghulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di sana.”

Kesemua daging korban bagi 70 kambing dan empat lembu tersebut telah diagihkan kepada lebih 870 keluarga memerlukan di kawasan Probolinggo.

Selain pengagihan daging, pihak masjid juga berupaya menghulurkan sumbangan barangan asas yang dikenali sebagai ‘sembako’ – merangkumi bahan dapur seperti beras, gula, tepung, mi segera dan lain-lain lagi kepada lebih 300 penduduk Probolinggo.

Menyusuli ibadah korban tersebut, pihak pengurus masjid berharap Allah swt menerima ibadah korban semua yang telah menyokong projek ibadah korban itu dan semoga mereka mendapat tiga ganjaran di sisi Allah swt dengan ibadah korban yang dijalankan dan dikendalikan oleh Masjid Alkaff Kampung Melayu di Probolinggo.


Tiga ganjaran yang dimaksudkan itu adalah ganjaran melakukan ibadah korban; ganjaran pahala daging-daging korban itu diagihkan kepada fakir miskin; dan ganjaran amal jariah kerana menderma dan menyokong dana peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu.

Selain itu, Masjid Alkaff Kampung Melayu juga berharap masyarakat Islam Singapura dapat terus menyokong projek peningkatan masjid itu dan ibadah korban dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih besar pada tahun hadapan.

Antara kerja peningkatan yang bakal dijalankan di masjid ini adalah membina lif bagi memudahkan jemaah naik ke tingkat dua dan tiga.

Pembinaan tanjakan juga dirancang demi memberi kemudahan kepada jemaah yang berkerusi roda atau alat bantuan mobiliti peribadi.

Pihak masjid berharap warga dapat membantu mencukupkan Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu.

Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

– Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg.


– Hantarkan cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

– PayNow UEN: S94MQ0017D, atau imbas kod QR yang tertera. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

– Langsung ke Pejabat Masjid dari Isnin hingga Khamis: 2 petang hingga 6 petang.

– Hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk mendapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >