Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Masjid Ar-Raudhah dipilih tuan rumah pusingan awal tilawah Al-Quran

Jul 07, 2023 | 05:30 AM



Masjid Ar-Raudhah mendapat penghormatan menjadi antara lima masjid yang terpilih sebagai tuan rumah untuk menjayakan ‘Majlis Tilawah & Tahfiz Al-Quran’ (MTTQ) 2023 pada peringkat kebangsaan Singapura.

Antara masjid lain yang terlibat ialah Masjid Kampung Siglap, Masjid An-Nur, Masjid Assyafaah dan Masjid Sultan.

Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, berkata Masjid Ar-Raudhah menyambut baik pemilihannya sebagai salah satu tempat penganjuran MTTQ kali ini.

BUKTI KOMITMEN BUDAYAKAN AL-QURAN

Ustaz Mohamed Ali yang juga Naib Pengerusi ‘Majlis Tilawah & Tahfiz Al-Quran’ (MTTQ) menjelaskan:

“Syukur, ahli Lembaga Pentadbir Masjid (MMB) dan seluruh warga Masjid Ar-Raudhah sangat gembira kerana ia merupakan kali pertama masjid ini terpilih menjadi tuan rumah bagi pusingan kelayakan dalam MTTQ, bagi kategori orang dewasa.

“Jutaan terima kasih disertakan kepada pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan SalamSG kerana memberi kepercayaan kepada Masjid Ar-Raudhah untuk mengelolakan majlis yang memartabatkan bacaan Al-Quran dan menegakkan syiar agama Islam. 

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis dan memberi sokongan kepada qari dan qariah setempat yang bakal mengambil bahagian pada 8 dan 9 Julai ini dari 9 pagi hingga 2 petang di Masjid Ar-Raudhah. 

“Saya yakin, anjuran majlis tilawah ini juga menjadi bukti kesungguhan Masjid Ar-Raudhah dan semua pihak yang terlibat untuk membudayakan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Muslim Singapura dan melahirkan masyarakat yang benar-benar mencintai Al-Quran.”

QURANFEST DAN SEMINAR RAUDHATUL QURAN

Bagi lebih menggalakkan budaya membaca Al-Quran, masjid-masjid di daerah barat turut berganding bahu menganjurkan ‘Festival Al-Quran, Quranfest’, sekali gus menyemarakkan lagi sambutan MTTQ tahun ini

Ustaz Mohamed Ali yang juga Pengerusi Quranfest, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa acara itu menghimpunkan pelbagai kegiatan menarik, anjuran bersama masjid-masjid di kawasan daerah barat, untuk semua jemaah yang hadir pada 8 dan 9 Julai di Masjid Ar-Raudhah.


Antaranya, orang ramai boleh mengunjungi reruai menarik seperti gerai Quran Mushaf Singapura, gerai tafsir Al-Quran anjuran Masjid Al-Khair, gerai pembelajaran penulisan khat Arab dan gerai permainan berasaskan Al-Quran untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Pengunjung juga boleh menghadiri klinik Al-Quran Express untuk memperbaiki bacaan Al-Quran dengan bimbingan tajwid daripada asatizah.

Bagi menyerikan acara, pelbagai gerai makanan serta minuman turut disediakan untuk pengunjung.

Di samping itu, acara ‘Seminar Raudhatul Quran Rahsia Keajaiban Membaca dan Memahami Al-Quran’ akan diadakan pada 16 Julai 2023 di Masjid Ar-Raudhah. 

Ustaz Mohamed Ali menjelaskan:

“Timbalan Mufti, Ustaz Dr Izal Mustafa, akan menyampaikan ucaptama dalam seminar itu.

Seterusnya ceramah mengenai rahsia mukjizat dan keajaiban Al-Quran pula akan disampaikan oleh johan Qari Singapura 1998, Ustaz Muhammad Rizal Hussin, dan pengasas Arabic Lab SG, Ustaz Ahmad Muzzammil Shukri.

Orang ramai digesa merebut peluang dengan sama-sama mendalami ilmu Al-Quran dan meningkatkan kefahaman tentang agama Islam.

WISATA MTTQ DI KUALA LUMPUR

Sehubungan itu, Masjid Ar-Raudhah turut mengundang jemaah yang ingin mengikuti acara ‘Wisata Musabaqah Tilawah & Tahfiz Al-Quran’ peringkat antarabangsa yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Malaysia, dari 23 hingga 25 Ogos.

Menerusi acara ini peserta berpeluang menyaksikan dan mendengar bacaan qari dan qariah dari beberapa negara secara langsung pada Musabaqah Tilawah & Tahfiz Al-Quran peringkat antarabangsa. 

Harga wisata sebanyak $230 ini termasuk derma dana masjid dan lawatan ke pusat pencetakan Al-Quran di Yayasan Restu, Selangor. 

“Selain menjadi sebahagian usaha mengumpul dana bagi projek peningkatan Masjid Ar-Raudhah, wisata ini dapat menyuntik semangat masyarakat supaya membudayakan bacaan al-Quran,” ujar Ustaz Mohamed Ali.

MAKLUMAT

– Pendaftaran ‘Seminar Raudhatul Quran: Rahsia Keajaiban Membaca dan Memahami Al-Quran’ boleh dilakukan melalui laman web, bit.ly/ARRSeminar23.


– Bagi program wisata ke ‘Musabaqah Tilawah & Tahfiz Al-Quran’, sesiapa yang berminat boleh menghubungi Cik Maszita Mohamad di talian 9652-3458.

Cara menderma kepada Masjid Ar-Raudhah:

– PayNow ke UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

– Pemindahan wang ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

– Cek atas nama ‘Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah’ dan kirimkan ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

– Imbas kod QR yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >