Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Masjid dibuka hujung 2023, masih perlu dana $1.7 juta

Bantu masjid dengan membeli kupon amal – nasi beriani, martabak
Oct 20, 2023 | 05:30 AM



Projek peningkatan Masjid Jamae Chulia yang terletak di South Bridge Road ini bakal siap sepenuhnya pada akhir 2023.

Namun, dana kutipan masih jauh daripada sasaran dan sebanyak $1.7 juta masih lagi diperlukan demi kelangsungan masjid bersejarah ini.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata dana terkumpul setakat ini ialah $1.3 juta. Kerja peningkatan pula dianggarkan menelan belanja sehingga $3 juta.

Sepanjang tempoh naik taraf, masjid yang diwartakan sebagai Monumen Negara pada 1974 ini terus beroperasi seperti biasa. Selain itu, projek wakaf dan infak untuk masjid ini juga terus diperluas.

Encik Rasheed Zaman menjelaskan, selesainya kerja peningkatan, masjid ini kelak mampu menampung sekitar 1,200 anggota jemaah, selain boleh menampung 100 pelajar pada satu-satu masa serta menjadikan masjid lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.

Antara peningkatan yang dilakukan adalah dengan memasang sistem penyaman udara di ruang solat serta menambah bilik darjah dan kemudahan mesra bagi golongan kurang upaya dan warga senja.

Kerja peningkatan dan naik taraf rancak dijalankan sejak Disember 2022 dan sejauh ini, hingga 90 peratus ke 95 peratus telah pun siap, dan masjid itu kini berusia 197 tahun.

“Apa yang semua ketahui, pihak Masjid Jamae Chulia masih lagi memerlukan dana bagi kerja peningkatan masjid ini.

“Setakat ini, hampir 90 peratus hingga 95 peratus kerja peningkatan telah pun siap. Kami menjangkakan semuanya akan selesai pada akhir tahun ini.

“Sokongan orang ramai dalam bentuk sumbangan seperti wakaf dan infak mampu memberi peluang kepada setiap individu untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.


“Kami masih memerlukan dana sebanyak $1.7 juta lagi untuk kelangsungan masjid ini,” jelas Encik Rasheed Zaman.

Beliau turut berkata orang ramai dan anggota jemaah juga amat menantikan selesainya kerja peningkatan dan sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan setakat ini.

“Kita dapat rasakan penantian orang ramai terhadap ruang solat yang kini berhawa dingin dan dalam keadaan yang sungguh selesa dan nyaman untuk kita beribadah.

“Dalam keadaan cuaca yang sungguh panas dan bahang ini, orang ramai mengeluh kepanasan daripada terik matahari sebelum memasuki masjid.

“Namun, ketika menjejakkan kaki ke dalam masjid, suasananya sungguh berbeza dan ramai yang teruja dan berpuas hati dengan keadaan ruang solat yang telah diubah suai ini.

“Kami menyeru dan mengharapkan orang ramai agar menderma, berwakaf atau berinfak kepada masjid yang bersejarah ini, dan semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah swt, di dunia dan akhirat, insya-Allah,” tambah Encik Rasheed Zaman


Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 disajikan oleh restoran Taj Authentic Indian Cuisine, manakala martabak berharga $10 setiap satu pula dihidangkan dari Victory Restoran.

UNTUK MEMBERI SUMBANGAN IKHLAS KEPADA MASJID JAMAE CHULIA:


1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Hantarkan cek atas nama Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApp ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Sila imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >