Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Projek bersihkan kubur jadi penyatu relawan muda

Nov 26, 2023 | 05:30 AM



Sejak Oktober, Masjid Alkaff Kampung Melayu telah melakar projek baru untuk membantu menampung dana peningkatannya.

Projek pembersihan kubur, atau ‘Kubur Cleaning’, itu merupakan daya usaha terkini kumpulan Al-Muhafizoon, cabang belia bagi Masjid Alkaff Kampung Melayu.

Projek pembersihan kubur itu dimulakan untuk meningkatkan penglibatan warga muda kepada kerja-kerja sukarela, sekali gus meningkatkan usaha dalam pencarian dana masjid.

Menurut Pegawai Pembangunan Belia (YDO),Ustaz Muhamad Irwan Saian, yang juga bertanggungjawab dan menjadi penyelaras bagi projek itu berkata projek pembersihan kubur telah mendapat sokongan memberangsangkan daripada orang ramai.

Selain pembersihan, pihak masjid juga akan mengendalikan bacaan tahlil mingguan mereka.

Harga bagi setiap pembersihan ialah $100.

“Alhamdulillah, sejak pembukaan pendaftaran bagi projek pembersihan kubur ini, pihak kami telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Yang amat menyentuh hati apabila kami juga mendapat pendaftaran dan pembayaran untuk membersihkan kubur bagi jiran tetangga kepada arwah ahli keluarga.

“Kami juga mendapat pendaftaran untuk membersihkan kubur-kubur yang sudah lama tidak dibersihkan. Walaupun agak mencabar, namun kami akan berusaha sedaya upaya untuk mencari kubur tersebut.

“Selain membersihkan kubur, kam turut mengikut kemahuan jemaah seperti meletakkan bunga, menuang air dan menukar kain. Nama arwah juga akan disertakan dalam tahlil mingguan kami di masjid,” jelas Ustaz Muhamad Irwan.

TENAGA RELAWAN MUDA

Ustaz Muhamad Irwan turut menjelaskan, penyertaan para belia dalam projek pembersihan itu juga amat dihargai.

Selain itu, program tersebut juga termasuk di bawah Nilai dalam Tindakan (VIA) dan pelajar serta belia yang terlibat dalam usaha murni itu boleh memanfaatkannya.

“Kami mempunyai belia-belia yang amat berminat mahu membantu membersihkan kubur, dari usia 14 tahun hingga 23 tahun.

“Mereka ambil peluang ini untuk mengeratkan silaturahim antara belia lain sambil mengambil iktibar, dan ilmu yang akan disampaikan ketika berada di tanah perkuburan.

“Pada masa yang sama, projek ini juga di bawah Nilai dalam Tindakan atau VIA dan mereka yang terlibat, diberikan kredit dan masa tambahan kepada sekolah atas kerja sukarela yang mereka lakukan pada akhir tahun nanti,” kata Ustaz Muhamad Irwan.

Antara pelajar dan remaja yang telah menyingsing lengan dan membantu dalam projek pembersihan kubur itu ialah Muhammad Iman Ghazzi Muhammad Ghazali, 15 tahun.

Pelajar Menengah 3 di Sekolah Menengah Tampines itu berkata sejak menjadi relawan masjid empat bulan lalu khususnya dalam projek pembersihan kubur, dirinya menjadi lebih peduli kepada persekitaran masjid dan hal-hal penting yang lain.

Beliau juga sangat bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada kedua-dua orang tuanya.

Ibunya, Cik Nuriah Abdullah, dan bapanya, Encik Muhammad Ghazali Abdul Rahman, sentiasa memberikannya galakan agar terus berbakti kepada masyarakat dan cemerlang dalam segala bidang yang diceburinya, termasuk kerja sukarelanya.

“Saya rasa, ibu bapa menyokong penglibatan saya kerana mereka rasakan saya melakukan perkara yang bermanfaat kepada ummah, dan ini juga telah membuatkan saya lebih bijak menggunakan dan menguruskan masa dengan lebih baik lagi.

“Dengan penglibatan dalam pembersihan kubur ini, saya mampu mempelajari lebih lanjut tentang Islam sambil mengetahui perkembangan masjid dengan lebih mendalam.

“Selain itu, projek ini juga membuatkan saya belajar menghargai masa saya dan memahami bahawa kita juga akan meninggalkan dunia ini, dan dikebumikan satu hari nanti,” kata pelajar yang bercita-cita ingin menjadi jurutera aeroangkasa ini.

Menerangkan tentang dana peningkatan yang diperlukan oleh pihak masjid, Ustaz Muhamad Irwan, berkata:

“Dalam usaha kami ingin mencari dana bagi masjid, berilah peluang kepada belia-belia kami bantu membersihkan kubur-kubur, agar dapat kami memupuk dalam diri mereka keimanan dan takwa.

“Bak peribahasa Melayu, ‘sambil menyelam minum air’. Alang-alang ingin sedekah, kenapa tidak dibersihkan kubur ahli keluarga.

“Jika tidak, banyak lagi kubur-kubur yang dalam keadaan tidak terurus, berlalang dan berlumut yang perlu dibersihkan.”

HULUR DERMA


Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

1 Pemindahan bank OCBC : 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg


2. Hantar cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU/ Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan ke Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow UEN : S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke Pejabat Masjid dari Isnin hingga Jumaat; 9 pagi hingga 5.30 petang.

6. Sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

7. Bagi menyokong projek pembersihan kubur, orang ramai boleh mengimbas kod QR yang tersedia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >