Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Masjid hampir siap namun masih kekurangan dana

Nov 07, 2023 | 04:13 PM



Kerja peningkatan bagi Masjid Jamae Chulia sudah pun 95 peratus siap. Projek peningkatan ini telah dijalankan sejak Disember tahun lalu dan bakinya dijangka siap pada akhir November ini atau selewat-lewatnya akhir tahun nanti.

Namun begitu, Masjid Jamae Chulia masih lagi kekurangan dana untuk menampung kos bagi program peningkatan ini. Kini, masjid ini mampu menampung sekitar 1,200 jemaah, selain boleh menampung 100 pelajar pada satu-satu masa serta menjadi masjid yang lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.

Antara peningkatan yang dilakukan adalah dengan memasang sistem penghawa dingin di ruang solat serta menambah bilik darjah dan kemudahan mesra bagi golongan kurang upaya dan warga senja di sini. Tempat wuduk juga telah diperbaharui, dan kini lebih teratur dan mudah digunakan oleh jemaah. Masjid yang terletak berdekatan kawasan Chinatown ini telah pun berusia 197 tahun.

Kerja peningkatan ini menelan belanja sehingga $3 juta. Sepanjang tempoh ini, masjid yang telah diwartakan sebagai Monumen Negara pada 1974 ini akan terus beroperasi seperti biasa. Jumlah terkumpul kini sudah pun mencapai $1.37 juta.

Dalam usaha mahu terus mencapai sasaran bagi dana peningkatan ini, Masjid Jamae Chulia terus mengambil daya usaha dan menerapkan semangat berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam di sini.

Antara program wakaf yang disediakan ialah wakaf bagi kamera litar tertutup (CCTV), wakaf ruang serbaguna, wakaf permaidani, wakaf lampu dan kipas angin, wakaf bagi keperluan bilik darjah dan pelbagai lagi. Setiap wakaf yang diikrarkan bermula daripada $100, setiap satu.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata Masjid Jamae Chulia merupakan salah satu pusat ibadah yang tertua di Singapura dan kelangsungan serta kepentingan untuk menjaganya, adalah kepentingan kita bersama.

Beliau turut menjelaskan, berwakaf bukan hanya menggunakan harta kita semata-mata, namun ia juga melibatkan semangat sukarela yang utuh demi terus membantu dan mewujudkan suasana dan ruang ibadah yang sempurna untuk kita bersama.

“Dalam usaha kami mahu mencapai dana bagi projek peningkatan ini, kami galakkan semangat berwakaf dalam kalangan kita. Matlamat kami agar masjid ini akan terus berada dalam keadaan yang baik demi keselesaan masyarakat Islam di negara ini.

“Biarpun kerja peningkatan bagi masjid ini sudah pun melebihi 90 peratus siap, kami masih lagi kekurangan dana yang diperlukan. Kami merayu kepada masyarakat Islam setempat agar terus menyokong, menderma dan berwakaf bagi kerja peningkatan ini. Dana naik taraf bagi Masjid Jamae Chulia masih jauh kekurangan daripada matlamat asal kami,” jelas Encik Rasheed Zaman.

Ditanya apakah perubahan yang telah dijalankan bagi Masjid Jamae Chulia, ini jawapan ringkas Encik Rasheed Zaman:

“Setelah menjalani peningkatan ini, pihak kami menerima banyak pujian daripada jemaah yang hadir di masjid ini.

“Sebelum ini, masjid panas dan berbahang dan ada yang berpeluh ketika melakukan ibadah di sini. Namun, dengan pemasangan alat penghawa dingin di dewan solat ini, masjid kini bertambah nyaman dan lebih kondusif untuk jemaah kita beribadah dengan khusyuk. Selain itu, ruang wuduk yang disediakan kini juga lebih teratur, lapang dan mudah digunakan jemaah, khususnya bagi warga emas”.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu, turut disediakan untuk orang ramai.

BERIKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA MASJID JAMAE CHULIA


1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Hantarkan cek anda atas nama Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApp ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Sila imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >