Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID HASANAH

Masjid Hasanah harap sokongan lanjut kumpul dana bagi projek peningkatan

Jun 23, 2023 | 05:30 AM



Menderma atau bersedekah adalah satu amalan soleh yang mulia dan harus digalakkan.

Walaupun secara dasarnya apabila bersedekah, kita akan mengeluarkan wang, namun yakinlah bahawa Allah swt akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga, demikian pesan setiausaha Masjid Hasanah, Encik Ismail Samsudin.


Menekankan kelebihan menderma dalam rangka mengusahakan projek mengumpul dana bagi projek peningkatan masjid, Encik Ismail memetik hadis yang dikongsikan oleh Abu Hurairah ra:


“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, tidaklah Allah menambahkan pada hamba yang pemaaf kecuali kemuliaan, dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah kecuali Allah Taala mengangkat darjatnya.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim)

Kemurahan hati penderma dan orang yang bersedekah dilipat ganda pahalanya dan Allah swt mengasihi hamba-Nya yang selalu membuat amal kebajikan, ujar beliau.


Ini dijelaskan dalam firman Allah swt yang bermaksud, “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Al-Baqarah: 261)


Melahirkan penghargaan kepada para penderma yang masih menghulurkan sumbangan secara fizikal di pejabat Masjid Hasanah atau melalui online dan wakaf ke rumah, Encik Ismail berkata ada juga penderma yang mewakafkan barang kemas untuk dijual untuk membantu meningkatkan dana Masjid Hasanah.


Sumbangan derma daripada jemaah bakal membantu Masjid Hasanah dalam menjalani projek peningkatan yang bakal dilakukan pada tahun ini.

Antara projek yang telah dijalankan untuk mengumpul dana ialah projek nasi beriani amal yang diadakan pada 16 Jun lalu yang dicetuskan oleh naib pengerusi Masjid Hasanah, Encik Hashim Omar, 71 tahun.

Salah seorang penyokong projek itu, Encik Paiman Kahat, 65 tahun, berkata: “Usaha yang dilakukan oleh pihak masjid amat memberangsangkan. Saya harap penjualan ini dapat diteruskan agar jemaah dapat terlibat dalam membantu masjid menjana dana bagi projek peningkatan Masjid Hasanah ini.”

Seorang lagi jemaah yang menyokong usaha itu yang dikenali sebagai Encik Rahmat sahaja, berusia 61 tahun, berkata sokongan yang diberikan merupakan saham akhirat, sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali mencapai kebajikan dan kebaikan sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.” (Ali-Imran: 92).

Masjid Hasanah akan menjalankan projek peningkatan keseluruhan termasuk membaiki bumbung masjid yang usang dan bocor dan membaiki sistem elektrik dan mekanikal masjid. Ia juga akan mengubah suai dewan solat untuk menambah keselesaan kepada jemaah dan mempertingkat bilik darjah.

Encik Ismail berkata beberapa projek telah dilakarkan bersama jawatankuasa dana daripada ahli Lembaga Pentadbir Masjid Hasanah, antaranya ialah bekerjasama atau bekerjasama dengan para pemilik kedai di Singapura untuk meletakkan tabung Masjid Hasanah di kedai-kedai mereka.

Pihak masjid juga telah memberi tabung keluarga kepada jemaah yang ingin menyertai projek peningkatan Masjid Hasanah dan menjual kupon jualan amal. Ia juga mengusahakan kutipan derma melalui PayNow, pemindahan wang ke akaun bank, cek atau sumbangan di pejabat Masjid Hasanah termasuk pengambilan wakaf.

Cara-cara menyumbang kepada Dana Masjid Hasanah:


1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B


2. Pemindahan wang ke bank akaun: OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang rujukan dengan ‘wakaf’ atau ‘Infak’. Jika inginkan resit, isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque


3. Hantar cek kepada ‘LPM Hasanah’. Pos ke alamat: Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tulis nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.


4. Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian: 6561-7990, Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang; Sabtu dan Ahad: 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >