Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID DARUL MAKMUR

Masjid jalani peningkatan besar, perlu sumbangan baki $6j

Aug 08, 2023 | 05:30 AM



Proses peningkatan kemudahan di Masjid Darul Makmur yang bermula pada April lalu setakat ini berjalan lancar.

Namun, pihak warga kerja masjid masih mengharapkan sokongan dan juga sumbangan derma daripada masyarakat kerana masjid ini perlu mengumpulkan baki $6 juta dalam masa dua tahun bagi melengkapi projek peningkatan masjid ini.

Apabila projek peningkatan selesai kelak, penduduk dan masyarakat Islam di Yishun khususnya bakal memanfaatkan ruang yang lebih luas dan juga kemudahan lebih terkini.

Menurut Pengurus Masjid Darul Makmur, Ustaz Ruhaizan Abdullah:

“Buat masa ini, setengah daripada jumlah yang diperlukan telah dikumpul. Kami menerima sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat dan usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini sedang diteruskan agar jumlah dana yang kami sasarkan dapat dicapai.”

Masjid Darul Makmur yang sudah dibangunkan selama 36 tahun, perlu diperingkat dalam skala besar agar ia dapat memberi keselesaan kepada jemaah yang semakin bertambah.

Ini lebih utama lagi kerana banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru yang telah siap dan juga sedang dibangunkan di kawasan kejiranan Yishun dan juga Canberra.

Buat masa ini, masjid dapat menampung sekitar 2,500 jemaah setiap waktu dan pihak masjid merancang mahu menambah kapasiti ruang solat kepada lebih daripada 3,500 jemaah.

Kini, masjid ini juga terdapat 1,000 lebih pelajar madrasah aLIVE yang mengikuti program madrasah mingguan. Ini adalah fokus utama sewaktu peningkatan selain memastikan ruang masjid kondusif, kelas pengajian yang lebih selesa dan ruang yang mudah digunakan oleh warga emas.

Masjid Darul Makmur, yang ditutup buat masa ini untuk kerja peningkatan, masih tetap bergiat dalam program mendampingi masyarakat. Solat Jumaat yang dikendalikan di bekas tapak sekolah Northview di Yishun Ring Road, merupakan satu platform pihak masjid agar masih dapat mendekati masyarakat Yishun yang hadir sewaktu kerja peningkatan diteruskan.

“Ruang yang disewa di bekas tapak sekolah ini juga memerlukan dana untuk dibayar sewa, kos bil elektrik dan air. Jadi, perbelanjaan bulanan di tapak ini juga amat memerlukan sumbangan dermawan selain daripada dana untuk peningkatan masjid,” ujar Ustaz Ruhaizan.

Buat masa ini, ruang yang disewa di tapak sekolah amat terhad sehingga pihak masjid mengadakan dua kali sesi solat Jumaat setiap minggu agar dapat memuatkan lebih ramai jemaah yang hadir.

Antara peralatan yang perlu diperbaiki pihak masjid ialah peralatan sistem audio visual. Sistem ini menjadi salah satu alat yang penting di masjid, terutama sekali sewaktu solat, kuliah agama dan kegiatan lain.

Penggunaan alat audio seperti pembesar suara, mikrofon dan skrin monitor pada setiap hari sepanjang tahun telah menyebabkan beberapa kerosakan teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Jemaah yang hadir ke majlis-majlis juga tidak dapat menghayati apa yang disampaikan oleh asatizah dan ia mengganggu tumpuan jemaah semasa solat, khususnya ketika mendengar bacaan imam.

Oleh itu, alat audio akan digantikan dengan sistem yang lebih canggih dan bermutu supaya jemaah dapat menghayati dan berasa khusyuk semasa majlis yang sedang jalankan.

Buat masa ini, Masjid Darul Makmur ditutup dan ruang kecil untuk solat harian telah disiapkan. Ruang ini akan dibuka di antara 10 pagi dengan 9 malam setiap hari untuk memberikan ruang buat pekerja dan pemandu menunaikan solat.

Sebuah pejabat kaunter derma juga beroperasi untuk membolehkan masyarakat hadir memberi sumbangan derma mereka.

“Kerja ubah elok sedang giat dijalankan dan pihak masjid memohon sokongan daripada masyarakat agar sama-sama membantu mencukupkan jumlah dana yang masih diperlukan,” ujar Ustaz Ruhaizan, mengakhiri perbualan.

Sumbangan derma Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur

1. PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Rujukan: Wakaf).

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-652138001 (Rujukan: Wakaf).

3. Melalui cek atas nama ‘MASJID DARUL MAKMUR’ dan dihantar melalui pos ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.

4 Hadir di pejabat sementara Masjid Darul Makmur, 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099 (Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 4 petang).

5. Hubungi talian 6752-1402 pada waktu pejabat untuk pengambilan derma dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >