Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Negeri ‘Jelapang Padi’ jadi penanda aras perang politik PH-BN dengan PN

Aug 10, 2023 | 12:03 PM



Kedah bakal menjadi penanda aras kejayaan perang politik antara gandingan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

Namun, adalah sukar bagi mereka untuk mengambil alih negeri ‘Jelapang Padi’ itu daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) pada 12 Ogos ini.

Demikian pengamatan penganalisis politik muda dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, yang menambah bahawa penolakan Umno sedang berlaku di Kedah.

Pandangan ini dijelaskan secara bertulis dalam satu sesi soal jawab dengan Berita Harian sedang wartawan membuat liputan bagi PRN15 di Alor Setar.


“Saya berpandangan, Kedah dan Selangor adalah penanda aras kejayaan perang politik antara PH-BN dengan PN.

“Jika Kedah berjaya diambil alih oleh PH-BN, maka gabungan perpaduan ini akan berjaya menyekat kemaraan gelombang hijau Pantai Barat semenanjung Malaysia dan membenam kebangkitan (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, yang dinilai sebagai pencabar politik (Perdana Menteri), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan pemimpin kanan PH-BN.

“Bagi saya, pertembungan di Kedah adalah lebih kepada pertembungan tokoh politik lawan tokoh politik iaitu antara (Datuk) Anwar/(Datuk Seri) Saifuddin Nasution (Menteri Dalam Negeri) dengan (Datuk) Muhammad Sanusi.

“Isu yang timbul hanyalah sampingan yang menjadi asas kepada perbalahan luar biasa antara pemimpin-pemimpin berkenaan,” jelas beliau.

Mengulas jawapan Datuk Anwar yang meluahkan keyakinan dapat merampas semula dua negeri (Terengganu dan Kedah), beliau memberikan penilaian sebaliknya.

“Saya menilai sebaliknya iaitu sukar (bagi PH-BN) mengambil alih Kedah daripada PN dalam PRN kali ini.

“Ini kerana Kedah sudah menjadi kubu kuat PAS selepas Kelantan, Terengganu dan Perlis.

“Saya dah turun ke lapangan, berjumpa dengan responden terpilih untuk temu bual dapatkan maklumat. Berdasarkan situasi politik semasa, saya menjangkakan PN akan memenangi sekurang-kurangnya 34 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan kerana gelombang hijau yang sedang melonjak naik di Kedah hari ini sangat sukar dibendung,” tambah beliau.

Menerusi pengamatannya, Dr Mohammad Tawfik berkata PH-BN berpotensi memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darul Aman dan Derga sahaja.

Menurutnya, dahulu Kedah pernah menjadi kubu kuat Umno, tetapi Umno telah mengalami dehidrasi politik yang sangat teruk di Kedah dan masalah dalaman yang sangat serius.

“Mana mungkin dalam situasi Umno hari ini, PH-BN boleh mengambil alih Kedah daripada PN?

“Malah, Kedah mempunyai budaya politik yang tersendiri, mana-mana pemimpin yang berjaya meniup semangat kenegerian yang tinggi akan mendapat sokongan yang besar daripada pengundi.

“Biarpun apa yang dikatakan dan diperjuangkan oleh mana-mana pemimpin tersebut masih belum berjaya dilaksanakan, tetapi sudah cukup untuk disokong oleh rakyat Kedah,” terang beliau.

Menjawab soalan mengenai kemungkinan berlaku penolakan terhadap Umno di Kedah, sebagaimana di Terengganu, Dr Mohammad Tawfik memberikan peringatan:

“Saya setuju (dengan pandangan sesetengah pengamat) bahawa penolakan Umno sedang berlaku di Kedah.

“Bagi saya, pemimpin PH-BN perlu alihkan kempen mereka ke negeri-negeri lain yang bukan kubu kuat PN, seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk menjimatkan jentera, tenaga dan kekuatan politik berbanding hanya membazir sumber di negeri-negeri yang sudah diketahui kubu kuat PN,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >