Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pameran halal sempena cuti CNY

Feb 8, 2024 | 5:30 AM
Antara yang tersedia di acara Halal Eid Expo 2024 ini adalah kuih-muih, kek, bahan masakan dan pelbagai lagi.
Antara yang tersedia di acara Halal Eid Expo 2024 ini adalah kuih-muih, kek, bahan masakan dan pelbagai lagi. - Foto MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

Pameran kegemaran ramai, Halal Eid Expo 2024 kembali lagi pada 10 hingga 12 Februari ini, bertempat di Suntec Convention Centre Hall 404 dan 405.

Dianjurkan oleh MegaXpress International Pte Ltd, lebih 150 gerai dari dalam dan luar negara, dan pelbagai produk rencam menanti pengunjung.

Antaranya, hidangan makanan seperti kuih-muih, rempah-ratus, makanan beku dan kering, makanan kesihatan dan minuman dan bermacam lagi. Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati juadah lazat dari Asia Tenggara ‘Popular Taste of Asia’ di acara tersebut seperti sajian dari Jepun, India, Cina dan banyak lagi.

Selain makanan, pameran Halal Eid Expo 2024 juga menyediakan produk-produk dan promosi untuk Syawal ini, seperti barangan kecantikan, fesyen Muslimah, keperluan rumah, aksesori dan produk lain.

Pembeli juga boleh menikmati promosi hebat bagi barangan yang disediakan di reruai ‘Singapore Street’ dan ‘Malaysia Street’.

Menurut Pengurus Komunikasi Media dari MegaXpress International, Cik Reny Delfina Hamzah, pameran sebegini telah berlangsung sejak 20 tahun yang lalu. Beliau menjangkakan lebih 5,000 pengunjung kami menghadiri acara ini.

“Acara Halal Eid Expo 2024 bakal menampilkan pelbagai tawaran hebat serta barangan dan keperluan bagi menyambut Hari Raya nanti. Kami mengadakan banyak promosi dan pelbagai sajian tersedia di acara gah ini,” jelas Cik Reny.

Acara ini diserikan dengan kehadiran selebriti seberang Tambak seperti pasangan popular Nad Zainal dan Ungku Ismail, peniaga Dato Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahida, Bonda Rozita, Fahrin Ahmad, Zarina Zainuddin, Roslan Shah dan ramai lagi.

Benefisiari kali ini adalah Masjid Ar-Raudhah. Masuk adalah percuma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg