Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pasangan dibantu Leong Mun Wai telah tulis kepada Pritam Singh 4 tahun lalu

Mar 04, 2024 | 09:25 PM



Sepasangan suami isteri di West Coast yang kisah mereka diketengahkan dalam hantaran Facebook pada 12 Februari lalu oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, mula menghubungi Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, empat tahun lalu tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Namun, pada 11 Februari lalu, pasangan itu menerima panggilan daripada Encik Singh dan diberitahu bahawa seseorang akan menemui mereka.

Sehari kemudian, Encik Leong bertemu pasangan itu dan memaklumkan mereka bahawa Encik Singh telah memberitahunya tentang e-mel yang diterima empat tahun lalu, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

Catatan Encik Leong mengenai pasangan itu – seorang lelaki, 60 tahun, yang buta, dan isterinya, 55 tahun, yang mempunyai masalah pergerakan selepas patah buku lali akibat terjatuh pada 2023 – kemudian ditangani di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma).

Encik Leong mendakwa bahawa pasangan itu tidak menerima bantuan kewangan daripada agensi awam selain daripada Geran Penjagaan Rumah bulanan.

Beliau juga mendakwa wanita itu telah menggunakan sebahagian besar dana dalam akaun MediSave untuk membayar pembedahan kaki, dan telah berhenti menghadiri sesi fisioterapi kerana tidak mampu jelaskan bayaran $100 untuk setiap sesi.

Selain itu, beliau berkata permohonan pasangan itu untuk mendapatkan bantuan kos pengangkutan telah ditolak.

Encik Leong telah diberikan arahan Pofma kerana Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata pasangan itu menerima bantuan kewangan daripada pelbagai agensi, termasuk baucar pengangkutan.

Ia menambah wanita itu masih mempunyai lebih $60,000 dalam akaun MediSave, dan tidak perlu membayar dari poketnya untuk sesi fisioterapi.

Pada 4 Mac, Encik Chua memberitahu Parlimen, berikutan catatan Encik Leong, relawan akar umbi bercakap dengan pasangan itu untuk mengetahui apa yang berlaku.

Ini kerana mereka mengenali pasangan itu dan telah membantu mereka secara konsisten, dan tahu bahawa catatan Encik Leong mengandungi unsur palsu.

Encik Chua berkata, pasangan itu memberitahu relawan bahawa mereka terkejut apabila mendapati Encik Leong di pintu rumah mereka pada 12 Februari kerana mereka tidak menghubungi PSP atau Encik Leong untuk mendapatkan bantuan.

Pasangan itu berkata, mereka telah menulis surat kepada Encik Singh pada 2020, tetapi tidak menerima sebarang jawapan daripada Parti Pekerja (WP) atau Encik Singh.

“Mengenai mengapa Encik Singh tidak melakukan apa-apa selama empat tahun, dan mengapa beliau kemudian memilih bercakap dengan Encik Leong, dan sama ada Encik Singh tahu atau bersetuju dengan Encik Leong bahawa perkara ini akan ditonjolkan di media sosial hanya empat hari sebelum Belanjawan kenyataan itu sepatutnya dihantar pada 16 Februari – itu tidak jelas kepada kami,” kata Encik Chua.

“Saya tidak tahu apa yang Encik Singh cuba lakukan, dan saya tidak membuat komen khusus mengenai tujuannya, tetapi saya pasti beliau dan semua orang di Dewan ini akan bersetuju dengan saya bahawa orang ramai, terutama mereka yang kami bantu dan prihatin nasib mereka, tidak harus dipolitikkan. Sebaliknya perlu ada niat ikhlas untuk membantu,” katanya lagi.

Encik Singh (Aljunied GRC) mengesahkan beliau telah menerima surat daripada seorang penduduk empat tahun lalu, walaupun alamat mereka tidak disebutkan di dalamnya. – ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >