Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Leong Mun Wai letak jawatan sebagai setiausaha agung PSP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hazel Poa ambil alih jawatan mulai 23 Feb

Leong Mun Wai letak jawatan sebagai setiausaha agung PSP

Feb 23, 2024 | 09:49 PM



Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, telah meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Kemajuan Singapura (PSP) pada 20 Februari.

Namun begitu, beliau kekal sebagai ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti tersebut. 

Jawatan beliau kini diterajui rakan sejawat NCMP dan naib pengerusi PSP, Cik Hazel Poa. 

Dalam satu kenyataan pada 23 Februari, PSP berkata, Encik Leong telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan bagi “bertanggungjawab” atas arahan pembetulan yang diterimanya pada 15 Februari di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma). 

Parti itu berkata: “CEC PSP menerima keputusan Encik Leong dan berbangga kerana beliau telah menunjukkan kebertanggungjawapan melalui tindakannya, bukan sekadar berkata-kata.”

Encik Leong telah diarahkan oleh pejabat Pofma untuk buat pembetulan susulan catatan beliau di media sosial pada 12 Februari tentang kekurangan bantuan kewangan yang diberikan kepada dua penduduk West Coast yang memerlukan bantuan.

Encik Leong, 65, kemudiannya menurunkan catatan itu. Beliau membuat catatan baru pada 15 Februari yang dikaitkan dengan pembetulan, dan menyatakan bahawa beliau telah bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi pasangan itu. 

Beliau akur bahawa beliau hanya mengetengahkan keadaan pasangan itu dan bantuan yang diberikan kepada mereka, tanpa mengetahui bahawa ini mungkin bukan gambaran penuh.

Encik Leong, yang menyertai PSP pada 2019 dan berkhidmat sebagai penolong setiausaha agung sehingga Julai 2020 apabila untuk memberi tumpuan kepada peranannya sebagai NCMP, menulis: 

“Kebertanggungjawaban adalah penting, dan saya bertanggungjawab untuk catatan itu.”

​Cik Poa merupakan setiausaha agung keempat PSP sejak parti itu ditubuhkan pada 2019 oleh Dr Tan Cheng Bock, bekas anggota parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Bersama Dr Tan, Encik Leong dan Cik Poa berada dalam pasukan GRC West Coast PSP yang tewas kepada pasukan PAP yang diketuai oleh mantan menteri pengangkutan, S Iswaran pada Pilihan Raya Umum 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >