Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pegawai polis trafik didakwa kongsi maklumat rahsia dari laporan

Dec 21, 2023 | 04:07 PM



Seorang pegawai polis trafik didakwa pada 20 Disember atas kesalahan berkongsi maklumat rahsia secara haram mengenai satu laporan polis.

Shivasuria Maniam Kesaval, 26 tahun, juga didakwa kerana mencuba beberapa kali untuk mendapatkan maklumat secara haram daripada pelbagai sistem komputer Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Dia menghadapi satu tuduhan bagi kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan empat tuduhan bagi kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer (CMA).

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), seorang jurucakap polis berkata Pasukan Polis Singapura (SPF) dengan segera memulakan siasatan terhadap Shivasuria, pegawai berpangkat sarjan, setelah mengesahkan penglibatannya dalam kes itu.


Dia juga dilarang meneruskan pekerjaannya sejak 31 Ogos 2022.

“Pegawai SPF dikehendaki mematuhi undang-undang dan mengekalkan piawaian tingkah laku dan integriti tertinggi.

“Kami bertindak tegas terhadap pegawai yang melanggar undang-undang, termasuk mendakwa mereka di mahkamah,” jelas jurucakap itu.

Menurut dokumen mahkamah, Shivasuria menggunakan jawatannya sebagai pegawai penyiasat polis trafik untuk mendapatkan maklumat mengenai satu laporan polis yang disimpan di komputer.

Dia kemudian berkongsi maklumat berkenaan secara haram dengan Brayden Ong Ying Shan sama ada pada 14 atau 15 Julai 2022.

Shivasuria juga dikatakan membuat beberapa carian di pelbagai sistem komputer MHA untuk mendapatkan maklumat secara haram.

Dalam cariannya, dia menaip kekata di komputer seperti ‘Brayden dan ‘Brayden and licensed’.

Selain itu, dia mencari dengan menggunakan apa yang kelihatan seperti nombor laporan polis, maklumat kad pengenalan, nombor telefon bimbit dan nombor plat kereta.

Menurut rekod mahkamah, Shivasuria berhasrat melawan tuduhan ke atasnya.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin $10,000. Kesnya akan didengar lagi pada Januari.

Bagi setiap tuduhan menyebabkan penyalahgunaan komputer untuk mendapatkan data tanpa kebenaran, pesalah kali pertama boleh didenda sehingga $5,000, dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.

Bagi kesalahan menggunakan jawatan dalam pemerintah untuk memperoleh maklumat dan menyampaikannya kepada seseorang tanpa kebenaran, pesalah boleh didenda sehingga $2,000 dan dipenjara sehingga dua tahun di bawah OSA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >