Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pembantu rumah disiasat pukul anjing majikan sampai mati

Feb 27, 2024 | 07:14 PM



Seorang pembantu rumah disiasat kerana dituduh memukul anjing majikannya sehingga mati pada Januari, menurut Persatuan Cegah Kekejaman ke atas Binatang (SPCA).

Butiran kejadian itu pertama kali disiarkan di Facebook oleh aktivis dan penyelamat haiwan veteran, Encik Derrick Tan, yang merupakan rakan kepada pemilik anjing itu, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Dalam hantaran itu, Encik Tan berkata rakannya, Encik Jason (bukan nama sebenar), baru-baru ini mengambil pembantu rumah untuk tugasan membersihkan rumahnya dan menjaga anjing peliharaannya, Boyboy.

Pada 22 Januari, beliau meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja seperti biasa.

Pada sebelah petang, teman wanitanya memaklumkan bahawa anjingnya telah mati secara tiba-tiba.

Disebabkan percaya bahawa Boyboy mati secara semula jadi, pasangan itu memilih untuk membakarnya di krematorium.

“Jason bergegas ke krematorium untuk melihat anjingnya buat kali terakhir,” tulis Encik Tan dalam hantarannya.

“Beliau perasan anjingnya mati dalam postur kaku seperti selepas kena sawan atau trauma tertentu, dan selepas pembakaran, dia ternampak keretakan pada sisa tengkoraknya,” tambah Encik Tan.

Encik Jason kemudian menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya, yang menunjukkan detik-detik akhir sebelum anjing itu mati.

Rakaman kejadian itu, yang dikongsi dalam hantaran Encik Tan, menunjukkan pembantu rumah itu memukul kepala anjing itu menyebabkannya meraung dalam kesakitan, dengan tangannya dan batang kayu yang tebal.

Kedengaran pembantu rumah itu berteriak: “Tunggu, aku kata tunggu, tunggu. Kau tahu tunggu?” sambil memukul kepala anjing itu beberapa kali.

Dia juga dilihat menggantung anjing itu di pagar balkoni menggunakan tali cawak, semasa dia mengisi air ke dalam baldi.

Walaupun masih bernafas, anjing itu kelihatan lembik dan hampir tidak bergerak.

Encik Tan berkata: “Pembantu rumah itu diambil bekerja, dengan tugas utama menjaga Boyboy.

“Amat mengerikan apabila dia sanggup menganiaya haiwan tidak berdaya dengan cara sedemikian.”

SPCA berkata ia dimaklumkan mengenai kes itu pada 26 Januari dan menyifatkan tindakan pembantu rumah itu sebagai kejam dan dahsyat.

Ia segera menghubungi pihak berkuasa dan menasihati Encik Jason supaya membuat laporan polis terhadap pembantu rumah itu, serta melaporkan kes itu kepada Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS).

SPCA menjelaskan, tindakan penguatkuasaan kes kekejaman haiwan di Singapura terletak di bawah bidang kuasa AVS, dan siasatan sedang dijalankan.

Pengarah eksekutif SPCA, Cik Aarthi Sankar, berkata pertubuhan itu kini giat mengumpul bukti bagi kes itu.

Sekiranya disabit dengan kesalahan kekejaman haiwan, pesalah kali pertama boleh didenda hingga $15,000, dipenjara hingga 18 bulan, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >