Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pengurus Ihsan Casket kongsi pengalaman insaf urus jenazah

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Rutin menguruskan jenazah di Ihsan Casket menitipkan pengalaman berharga buat Ustaz Muhammad Saiful Abdul Karim dalam menjalankan amanah besar untuk saudara seagamanya.

Ketika ditanya mengenai pengalaman menguruskan jenazah, pengurus Ihsan Casket itu berkata pelbagai cabaran yang perlu dihadapi untuk menyempurnakan khidmat pengurusan dan pengebumian jenazah, baik dari sudut cabaran fizikal mahupun emosi.

“Rasa sedih dan insaf setiap kali menguruskan jenazah di Ihsan Casket kerana suasana yang sangat hiba akan mengingatkan kami kepada kematian. Ia juga menguji kekuatan mental dan kestabilan emosi untuk berjumpa dengan waris yang sedang bersedih tatkala kehilangan orang tersayang. Tetapi, Ihsan Casket sentiasa mendahulukan perkhidmatan terbaik untuk meringankan kesedihan sesebuah keluarga yang memerlukan.

“Kemudahan pengurusan jenazah yang disediakan Ihsan Casket adalah satu bentuk sokongan, di samping sesebuah keluarga dapat menyaksikan segala proses daripada awal hingga akhir berjalan lancar, bersama-sama dengan ahli keluarga lain,” demikian pengalaman yang dikongsi Ustaz Muhammad Saiful.

URUS JENAZAH DALAM APA JUA KEADAAN

Pada masa yang sama, Ihsan Casket turut menerima pelbagai kes jenazah termasuklah kes jenazah tidak yang dituntut, walaupun proses menunggu pelepasan jenazah mengambil masa.

“Kebiasaannya, kami hanya diberitahu untuk menguruskan jenazah yang tidak dituntut di antara 1 hari dengan 21 hari setelah mereka meninggal dunia kerana Pegawai Penyiasat (IO) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan bekerjasama untuk mencari ahli waris. Apabila kami menerima jenazah tersebut, cabaran dan keadaan mereka juga berbeza. Tetapi, apa jua keadaan mereka sekalipun, kami tetap menguruskan jenazah tersebut sebaik mungkin, seolah-olah kami menguruskan jenazah ahli keluarga kami sendiri,” ujarnya.

BANTUAN DARI AWAL HINGGA AKHIR

Ustaz Muhammad Saiful yang mula menjalankan tugas di Ihsan Casket pada 1 Januari 2021 turut menjelaskan, Ihsan Casket merupakan sebuah platfom untuk beliau membantu kumpulan penerima yang berbeza serta mempelajari etika pengurusan jenazah.

Beliau berkata:

“Pengurusan pengebumian ini bukan sekadar ucapan ‘selamat tinggal’ kepada orang tersayang, tetapi ia juga melibatkan bantuan kepada orang Islam yang memerlukan. Kami melaksanakan perancangan bersama ahli waris serta menasihati mereka tentang perkara-perkara yang perlu diketahui daripada awal proses pengurusan jenazah hingga akhir proses pengebumian. Setiap proses menepati segala keperluan ahli waris mengikut tuntutan Islam.

“Selain itu, kumpulan pengurusan kami memiliki pengalaman dalam bidang ilmu pengurusan jenazah yang merangkumi setiap aspek daripada proses memandikan jenazah sehingga kepada penyediaan pengangkutan. Kami juga memegang kepentingan adab dan akhlak sebagai misi dan visi utama untuk memenuhi keperluan fardu kifayah ini.”

DAPATKAN KHIDMAT IHSAN CASKET

Ditubuhkan pada tahun 2020, Ihsan Casket merupakan sebuah perusahaan sosial di bawah Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA), iaitu badan yang mengendalikan rumah anak yatim Darul Ihsan.

Menerusi Ihsan Casket, persatuan tersebut menyediakan khidmat pengebumian yang profesional kepada individu Islam yang ditinggalkan atau kurang bernasib baik serta urusan mayat yang tidak dituntut.

Ihsan Casket turut memastikan setiap individu mendapat hak sama rata dan dilayan dengan bermaruah dalam perjalanan terakhir mereka, tanpa mengira kehidupan mereka yang sebelumnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.mtfa.org




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >