Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjara bagi lelaki pakat dengan bapa, orang lain suap pengarah zoo $1.8j

May 3, 2024 | 3:37 PM
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun tiga bulan terhadap seorang lelaki yang berpakat dengan bapa dan orang lain untuk menyuap pengarah zoo lebih $1.8 juta.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun tiga bulan terhadap seorang lelaki yang berpakat dengan bapa dan orang lain untuk menyuap pengarah zoo lebih $1.8 juta. - Foto The Straits Times

Seorang lelaki mahu menghentikan amalan rasuah syarikat binaan keluarganya selepas dia mengambil alih operasinya, tetapi gagal dan akhirnya meneruskan amalan itu.

Toh Yong Soon, yang bekerja sebagai pengurus projek di Shin Yong Construction (SYC), kemudian bekerja dengan bapanya dan eksekutif kanan di syarikat lain untuk memberi rasuah lebih $1.8 juta kepada pengarah pengurusan fasiliti di Taman Haiwan Singapura.

Secara keseluruhan, syarikat yang dikaitkan dengan pemberi rasuah itu diberikan kerja-kerja bernilai sekitar $15.5 juta, lapor The Straits Times.

Pada 3 Mei, Toh, 39 tahun, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun tiga bulan selepas dia mengaku bersalah bagi 12 pertuduhan rasuah. Sebanyak 47 pertuduhan lagi diambil dalam pertimbangan.

Menurut dokumen mahkamah, dia melakukan kesalahan itu dari Julai 2015 hingga Oktober 2016 untuk memajukan kepentingan perniagaan beberapa syarikat, termasuk SYC, dengan Wildlife Reserves Singapore (WRS).

Taman Haiwan Singapura – kini dikenali sebagai Zoo Singapura – adalah anak syarikat WRS.

Kes itu juga melibatkan invois yang ditinggikan jumlahnya, yang menyebabkan WRS terlebih membayar $1.9 juta.

Pendakwaan berkata Toh mengambil potongan hingga $118,100 sebelum menyerahkan rasuah itu kepada Barry Chong Peng Wee, 57 tahun. Kes Chong belum selesai.

Chong telah meninggalkan WRS, yang kini dikenali sebagai Mandai Wildlife Group (MWG).

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kelvin Chong, Shamini Joseph dan Darren Sim menyatakan dalam dokumen mahkamah bahawa Toh penghubung utama antara Barry Chong dan semua kontraktor lain.

Menekankan bahawa Toh merekrut orang lain ke dalam skim rasuah itu, pihak pendakwaan berkata: “Barry memberitahu tertuduh harga yang perlu dibida dan jumlah komisen untuknya.

“Tertuduh kemudian akan menyampaikan maklumat itu kepada kontraktor lain dan menyerahkan rasuah daripada kontraktor tersebut kepada Barry.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg