Jumlah laporan berkaitan kes rasuah di Singapura jatuh ke paras paling rendah sejak 2010, meneruskan trend kemerosotan buat sekurang-kurangnya lima tahun berturut-turut.
Seorang pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang mengendalikan operasi pengebumian telah didakwa di mahkamah pada 10 November atas dakwaan menerima rasuah kira-kira $21,000 daripada 10 orang.
Sekumpulan warga China telah didakwa atas kesalahan rasuah, yang dipercayai sebahagian daripada rancangan untuk sengaja menyebabkan diri mereka ditahan bagi membolehkan mereka terus tinggal di
Bekas pengurus teknologi maklumat (IT) digital di Yayasan Mendaki didakwa cuba mendapatkan rasuah dalam bentuk sebuah komputer riba bernilai lebih $1,000 daripada seorang pekerja syarikat IT.
Seorang bekas pengurus kanan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan tiga pengarah syarikat menghadapi tuduhan atas beberapa kesalahan berkaitan projek pendigitalan Masjid Sultan.
Seorang pemandu lori yang didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dikatakan telah cuba memberi rasuah $150 kepada dua anggota polis tambahan supaya dapat dilepaskan.
Taikun hartanah, Ong Beng Seng, telah diberi kebenaran untuk meninggalkan Singapura, di tengah-tengah proses prosiding mahkamah, di mana beliau dikenakan dua pertuduhan pada awal Oktober.
Seorang lelaki mahu menghentikan amalan rasuah syarikat binaan keluarganya selepas dia mengambil alih operasinya, tetapi gagal dan akhirnya meneruskan amalan itu.
Kes rasuah seorang bekas pengurus masjid dan seorang pengarah syarikat binaan melibatkan penyaluran keuntungan daripada kerja naik taraf bernilai $118,000 di Masjid Darul Aman.