Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

INSTITUT PENGAJIAN ISLAM PERGAS (IPIP)

Pergas anjur program pengajian Islam bagi remaja

Dec 29, 2023 | 05:30 AM



Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) mendapat sambutan baik bagi Program Sijil Pengajian Islam Remaja yang dimulakan pada 2023.

Program Sijil Pengajian Islam Remaja bertujuan mempelajari dan memahami pengajian agama seperti Tauhid, Fiqh, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sirah, Tajwid dan Al-Quran. Sukatan pelajaran pengajian ini setara dengan peringkat Sijil Pengajian Islam bagi memenuhi keperluan penuntut remaja yang ingin mengikuti pengajian secara berstruktur.

Bagi keberkesanan pembelajaran, program ini memuatkan pendekatan secara teori dan praktikal. Disampaikan dalam bahasa Melayu, program selama empat tahun ini terbuka kepada remaja berumur 13 tahun hingga 15 tahun dan pengambilan bagi pelajar baru dibuka pada setiap Januari dan Julai.

Program ini bertujuan melahirkan generasi yang berpengetahuan tentang ilmu pengajian agama secara berstruktur dan mengikut kesesuaiannya dalam konteks terkini. Ia juga mahu meningkatkan mutu bacaan Al-Quran serta memperkukuh bacaan dalam solat dan mengamalkan dan memahami kepentingan solat dalam kehidupan harian.

Walaupun masih pada tahun pertama, banyak peningkatan yang dilihat oleh ibu bapa yang menghantar anak remaja mereka mengikuti program ini.

Encik Muhammad Fazalee Jaafar, 48 tahun, ayah salah seorang pelajar, memberitahu pihak IPIP dalam temu bual untuk laman online mereka.


“Alhamdulillah, Ada peningkatan daripada pengetahuan mereka dan penghafalan mereka dalam Al-Quran. Dan juga pemahaman mereka tentang beberapa surah dalam Al-Quran. Perkara-perkara itu saya rasa penting. Dalam pengajian agama kita perlu menghayati apa yang dipelajari.”

Perkara ini disetujui oleh Cik Rahmah Idris, yang turut ditemu bual pihak IPIP, yang menghantar dua cucunya ke program ini.

Selain memahami surah-surah, Cik Rahmah menambah:

“Dia (cucunya) mengetahui hukum tajwid, belajar mengaji. Alhamdulillah, semua dah tahu panjang pendek. Dia tahu ini qalqalah. Ini hukum apa. Itu yang buat (saya) bersyukur banyak-banyak.”


Cucu-cucu Cik Rahmah, Adam Ashar Mujahid dan Mohd Haydar Genelo Mujahid turut komited kerana dapat menghadiri program ini bersama memandangkan umur mereka masing-masing 13 tahun dan 14 tahun. Dalam temu bual untuk Instagram IPIP, Mohd Haydar berkongsi:

“Seronok kerana ada adik di dalam kelas seperti ada kawan. Boleh temani saya.”

Adiknya, Adam Ashar, pula berkata:

“Ia bermanfaat. Abang saya lebih tua (jadi) saya boleh minta pertolongan dia dalam kelas jika saya terlepas dalam perkara-perkara tertentu atau bantu saya tahu buat kerja saya.”

Untuk program ini, penilaian akan dibuat dari masa ke masa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten dalam menghadiri kelas untuk dinilai.

Pelajar harus bersedia bagi segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian yang diberikan.

Untuk maklumat lanjut dan bagi yang berminat, anda boleh mendaftar di laman https://ipip.sg/borang-pendaftaran-sijil-pengajian-islam-remaja/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >