Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

INSTITUT PENGAJIAN ISLAM PERGAS (IPIP)

Pertingkat pengajian ukhrawi bersama Pergas

Jul 18, 2023 | 05:30 AM



Cik Rachmawati Lestari, 52 tahun, menganggap dirinya sudah tidak begitu muda semasa beliau menimbangkan untuk melanjutkan kuliah dalam pengajian Islam sekitar lima tahun lalu.

Bagaimanapun, ibu dua anak ini, Encik Wafi, 24 tahun, dan Cik Alifa, 20 tahun, meneruskan juga hasratnya setelah memikirkan bahawa beliau sebelumnya hanya berpendidikan sekular dan belajar agama semasa di sekolah rendah sahaja.

‘‘Apa yang mendorong saya ialah seorang ustaz pernah mengatakan bahawa ramai daripada kita belajar ilmu dunia ke tahap sangat tinggi, tetapi bagaimana dengan ilmu agama untuk akhirat?

“Saya berfikir bahawa ilmu pengetahuan agama saya sangat kurang dan perlu menimba ilmu untuk bekalan akhirat,’’ kata Cik Rachmawati.

Suaminya, Encik Rachmat Novaruka, juga 52 tahun, seorang pengurus projek, berfikiran serupa dan mengambil keputusan melanjutkan pelajaran dalam jurusan agama juga. Pasangan itu berasal dari Indonesia dan sudah menjadi warga Singapura.

Mereka berdua kemudian memilih Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) untuk menambah ilmu pengetahuan agama, dan kini belajar dalam kelas berasingan.

Menurut Cik Rachmawati, mereka memilih IPIP kerana beberapa sebab seperti ia mempunyai platform pengajian untuk semua peringkat usia, pengajiannya lebih mendalam daripada asas hingga peringkat lanjutan, dan program yang disediakan berstruktur.

Menyingkap kebimbangannya semasa baru mengikuti pengajian di IPIP, Cik Rachmawati berkata:

‘‘Memang ada kebimbangan – apakah saya boleh mengikuti sekolah dan komited untuk melanjutkan pelajaran sampai selesai. Melihat rakan sekelas, kebanyakan mereka masih muda, seumur dengan anak-anak saya.

“Waktu belajar juga berlangsung pada Ahad, iaitu hari rehat saya pada waktu itu. Tetapi kerana ada keinginan kuat untuk belajar agama, saya teruskan.’’

Beliau dapat membuat penyesuaian dengan memastikan masanya diatur dengan baik, dapat menghadiri kelas secara fizikal dan secara online, dan membuat persiapan untuk ujian.


Cik Rachmawati mengikuti Program Takrif Islam di IPIP, kemudian Sijil Pengajian Islam dan kini kursus Sijil Lanjutan Pengajian Islam. Modul-modul yang diajar termasuk Pengetahuan Syariah, Fiqah, Sejarah Peradaban Islam, Dasar Bahasa Arab, Usuluddin, Bacaan Al-Quran dan Hafalan Surah.

Beliau bersyukur dengan sokongan dan bimbingan asatizah IPIP di dalam kelas, membuat beliau tidak pernah putus asa, kata Cik Rachmawati yang bekerja dalam bidang hospitaliti.

Mengenai belajar pada usia lanjut, beliau berkata:

‘‘Tidak ada halangan bagi saya kerana menuntut ilmu itu wajib bagi semua Muslim. Pengajian di IPIP ini juga sesuai bagi mereka yang sudah meningkat usia. Jika ada kemahuan, pasti ada jalan dan Allah akan mempermudah segala-galanya.’’

Beliau kini ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Pengajian Islam (DPI) pula.

Mengenai cita-citanya, Cik Rachmawati menambah:

‘‘Saya ingin menjadi Muslimah yang lebih baik di dunia dan juga akhirat, beribadah bukan berlandaskan ikut-ikutan, tetapi belajar agar saya tidak buta ilmu dan ini memberi contoh yang baik bukan hanya untuk diri sendiri dan keluarga, malah bermanfaat juga untuk orang lain.’’

Bagi membuat pendaftaran atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web, ipip.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >