Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Peserta agih daging korban sendiri kepada sanak-saudara

Jun 16, 2023 | 05:30 AM



Peluang mengagihkan daging korban sendiri kepada sanak-saudara.

Itulah tarikan yang dikongsi Encik Hamidon Mostaffar, peserta projek Qurban Perdaus kambing biri-biri dari Australia yang ditempah bagi ibadah korbannya.

Encik Hamidon berkata: “Bahagian daging korban yang kami dihantar ke rumah, siap dengan bungkusan plastik yang tebal. Setiap bungkusan seberat 1 kilogram yang telah dibekukan. Daripada bungkusan yang telah disiapkan, mudah bagi kami mengagihkan kepada saudara-saudara dan sahabat-sahabat.”

Seekor kambing biri-biri berharga $350 dan dagingnya dianggarkan seberat 17 kilogram hingga 20 kilogram. Daging akan dipotong kecil-kecil, dibungkus secara vakum dan dihantar menggunakan pengangkutan bersuhu rendah.

Daging tersebut dianggarkan tiba di Singapura melalui udara dalam tempoh dua minggu selepas Aidiladha.

Pengendali projek Qurban Perdaus di Australia, syarikat tempatan SBY Frozen Food Supply Pte Ltd, sangat berpengalaman menjalankan khidmat ini dengan jayanya.

Peserta juga boleh memilih menerima semua daging atau dua pertiga sahaja. Sepertiga daging yang baki akan didermakan di Singapura. Perdaus mengedarkan daging ini kepada keluarga tempatan berpendapatan rendah, pekerja asing di dormitori dan juga kepada masyarakat tempatan.


Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, pegawai Perdaus sendiri yang mengagihkan daging yang diderma kepada penduduk di daerah Kampung Chai Chee. Mereka cukup bersyukur dan gembira menerima daging korban yang didermakan peserta Qurban Singapura.

Pengurus Kanan Perdaus, Cik Noorulhuda Sharun, berkata: “Projek korban ini membuka peluang membantu masyarakat yang lebih memerlukan, dan ia juga menjadi satu usaha menegakkan syiar ibadah korban melalui pelbagai cara. Kami cukup berterima kasih atas sokongan masyarakat dan mengharapkan sokongan berterusan bagi sama-sama menegakkan ibadah ini, yang hanya ditunaikan setahun sekali. Tambahan, projek ini juga dilaksanakan sebagai usaha mengumpul dana, dengan sebilangan hasil akan disalurkan bagi membiayai program dakwah Perdaus.”

Perdaus turut menyediakan korban kambing biri-biri Australia berharga $320, dengan daging korban tersebut akan dibekukan dan dihantar ke Palestin. Dikendalikan oleh pembekal A2A Global, daging akan hanya diagihkan kepada rakyat Palestin dalam empat bulan selepas Aidiladha. Ini kerana proses penghantaran dan kuarantin daging makan masa yang lama.

Peserta boleh menggandakan impak amalan mereka melalui penempahan korban beserta projek amal tambahan. Mereka berpeluang mendapatkan pakej korban dan wakaf Al-Quran yang berharga $170. Pakej ini boleh juga diniatkan sebagai akikah, nazar atau infak, namun dengan harga yang sama. Kambing akan disembelih dan diagihkan kepada penduduk kampung fakir miskin di Malang.

Mushaf Al-Quran yang diwakafkan juga akan diedarkan di Indonesia kepada pelajar tahfiz atau pesantren, mualaf dan lain-lain yang memerlukan. Peluang impak berganda ini juga boleh dicapai melalui program korban di Kemboja. Dengan harga $1,035, peserta boleh memilih seekor lembu berserta menaja barangan asas untuk satu keluarga di Kemboja. Semua agihan ini akan disalurkan kepada masyarakat Islam daif di dua wilayah di Kemboja.

CARA MEMBUAT TEMPAHAN:


Lungsur laman https://swiy.co/bhperdausqurban.

Hubungi pegawai projek korban Perdaus, Ustaz Raja di 8127-3729.

Untuk ke pejabat Perdaus, sila buat janji temu melalui talian 6513-2300 (Blok 364 Bukit Batok Street 31) atau talian 8127-3729 (Blok 125 Bedok North Road).

Kami menerima pelbagai cara pembayaran, termasuk tunai dan dalam talian.

Tarikh tutup pendaftaran bagi tempahan korban ialah 21 Jun 2023 atau selagi bekalan masih ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >