Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pilihan Raya Negeri M’sia petunjuk kritikal bagi Kerajaan Perpaduan, kepimpinan Anwar: Pengamat

Jul 26, 2023 | 06:39 PM



Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) bulan depan disifatkan sebagai ujian litmus atau petunjuk kritikal serta referendum penerimaan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Perpaduan – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) – pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia juga amat penting bagi Datuk Anwar kerana ini adalah PRN pertama beliau sebagai Perdana Menteri, demikian menurut beberapa pengamat.

“PRN kali ini boleh menjadi satu isyarat berkenaan keberkesanan dan sokongan awam terhadap kepimpinan beliau dan bakal menjawab persepsi awam sama ada faktor besi semberani (Datuk) Anwar masih lagi mendapat sokongan ataupun sebaliknya,” kata Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman, dalam satu interviu dengan Berita Harian (BH) di Shah Alam, Selangor.


Pandangan yang sama juga diutarakan penganalisis politik UiTM, Dr A Aziz Azizam, yang melihat PRN15 di enam negeri itu – Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan – sebagai ujian litmus kepada keberkesanan PH secara keseluruhan.

“Secara keseluruhan, kita boleh bentuk andaian senario (bahawa) dari sudut pandangan Perikatan Nasional (PN), ia hanya perlu kekalkan tiga negeri ini sahaja – Kelantan, Kedah dan Terengganu – untuk membuktikan bahawa PH gagal.

“Bila mana tiga negeri ini kekal di tangan PN, (ini bermakna) segala aktiviti, program dan kempen yang dilakukan PH tidak memberi kesan.

“Dari sudut pandang PH pula, ia sekurang-kurangnya perlu dapat (memenangi) salah satu daripada tiga negeri (Kelantan, Kedah dan Terengganu) – satu pun jadilah – untuk membuktikan segala program yang dilakukannya selama lapan bulan berjaya,” kata beliau.

Dr A Aziz menambah: “Kalau ia (PH) boleh memastikan ia menang satu daripada tiga (negeri), menunjukkan PH itu diterima.

“Kalau PN masih berjaya mengekalkan tiga kerusi (negeri), hipotesis itu menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang dilakukan (Datuk Anwar) sepanjang lapan bulan (beliau menjadi Perdana Menteri)”.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menetapkan hari pengundian PRN di enam negeri itu pada 12 Ogos, dengan Hari Penamaan Calon pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

PRN15 melibatkan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40); Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

Dr Abd Rasid turut mengutarakan faktor prestasi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Selain rekod prestasi, faktor dan imej individu adalah penting dalam menilai kredibiliti pemimpin.

“Dr Sam (julukan yang diberi kepada Datuk Ahmad Samsuri) memiliki kekuatannya sendiri, manakala kita juga tidak boleh menidakkan kekuatan akar umbi Datuk Seri Ahmad Said, yang turut pernah menjadi Menteri Besar Terengganu.

“Daripada sumber yang ada untuk dirujuk iaitu daripada pilihan raya terdahulu, kita lihat Datuk Ahmad pada kali ini dalam keadaan tidak begitu selesa.

“Daripada rekod prestasi Dr Sam pula, sepanjang khidmat beliau menjadi MB (Menteri Besar), kesemua manifesto berjaya dilaksanakannya dan tidak ada satu pun serangan balik yang jelas dan kuat daripada BN Terengganu sendiri (terhadapnya),” ujar Dr Abd Rasid.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Mujibu Abdul Muis, berkata BN Terengganu kini dilihat tiada tokoh kuat yang dapat menyaingi kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sekarang, walaupun politik negeri itu dilihat lebih dinamik berbanding di Kelantan dalam konteks politik negeri jalur Melayu.

Beliau menambah bahawa pengundi Terengganu, walaupun bersikap lebih terbuka dan taktikal dalam mengundi berbanding di Kelantan, mereka membuat penilaian kepada tokoh politik yang berkaliber seperti yang ada dalam barisan kepimpinan negeri ketika ini.

“Saya lihat faktor ini yang mungkin tiada dalam Umno seperti mana dulu yang mana tiada tokoh kuat yang boleh menyaingi pimpinan PAS ketika ini,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >