Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pilihan raya Presiden: Hampir 205j rakyat Indonesia bakal undi

Feb 13, 2024 | 05:30 AM



Jutaan rakyat Indonesia dijadualkan keluar mengundi pada 14 Februari untuk memilih presiden dan anggota Parlimen dalam satu amalan demokrasi yang besar di dunia sedang calon presiden, Encik Prabowo Subianto, kekal mendahului menerusi beberapa tinjauan simulasi pemilihan menjelang Pilihan Raya ini.

Hampir 205 juta pengundi berdaftar mengundi untuk memilih antara tiga calon presiden bagi menggantikan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, dengan dua lagi calon presiden, mantan gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, sebagai saingan terdekat diikuti oleh Encik Ganjar Pranowo.

Ramalan peluang menang bagi Encik Prabowo, dilihat agak ketara.

Namun, kaji selidik dan tinjauan pendapat berasingan oleh Kompas, Indikator Politik Indonesia dan Lembaga Tinjauan Indonesia itu memperlihatkan Encik Prabowo mendahului tetapi ia boleh berubah pada saat-saat akhir di peti undi.

Ini kerana tinjauan yang dilakukan mengambil sampel yang agak kecil dan di dalam politik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti yang dirumuskan anggota panel dalam sesi podcast Berita Harian (BH), #NoTapis menjelang pilihan raya Indonesia yang kini boleh didengar di wadah Spotify.


Anggota panel terdiri daripada Dr Mustafa Izzuddin, seorang penganalisis kanan Ehwal Antarabangsa di Solaris Strategies Singapore; Dr Pradana Boy Zulian, Ketua Pusat Pengajian Islam dan Falsafah Universiti Muhammadiyah di Malang, Indonesia dan Koresponden Berita Harian di Jakarta, Cik Ismira Lutfia Tisnadibrata yang menyertai podcast menerusi Zoom.


Bagi memenangi jawatan Presiden Indonesia, calon memerlukan lebih 50 peratus undian keseluruhan dan sekurang-kurangnya 20 peratus undi di separuh daripada wilayah di negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu.

Sekiranya gagal, calon presiden perlu bertanding dalam pusingan kedua pada 26 Jun, bersaing dengan pemenang tempat kedua, sekali gus menjadikannya pertandingan yang lebih sukar dimenangi.

Senario pusingan kedua yang tidak pernah lagi berlaku sejak 2004 itu mungkin akan menyaksikan peralihan kesetiaan daripada setengah pihak, tetapi ia bergantung kepada siapa yang menduduki tempat kedua.

Penyokong Encik Ganjar mungkin dengan pasangannya Encik Mahfud MD akan beralih kepada Encik Anies dan pasangannya Encik Muhaimin Iskandar menjelang pilihan raya, tetapi tidak jelas sama ada pihak yang menyokong Encik Anies akan berada di belakang Encik Ganjar jika beliau naib pemenang.

Melihat data pilihan raya, dengan sekitar 107 juta, atau lebih separuh daripada pengundi berdaftar bagi pemilihan pada Februari 2024, berumur bawah 40 tahun, Dr Mustafa menganggap pertarungan media sosial semasa berkempen memberi kelebihan kepada calon yang memanfaatkan wadah X (dahulu Twitter) serta TikTok.

Namun kempen ini telah dicemari dengan beberapa isu kontroversi dengan kritikan memuncak berhubung campur tangan politik dan berat sebelah Presiden Jokowi yang dikatakan berkempen secara senyap untuk Encik Prabowo dan anak Presiden Jokowi yang merupakan pasangan Encik Prabowo, Encik Gibran Rakabuming Raka.

Pada Oktober lalu, rakyat Indonesia dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi, yang diketuai oleh abang ipar Encik Jokowi, membuat perubahan peraturan kelayakan yang membenarkan Encik Gibran menjadi pasangan calon Encik Prabowo.

Kemenangan tidak rasmi calon pula diketahui melalui “kiraan cepat” yang akan memberikan petunjuk awal mengenai pemenang pilihan raya presiden pada malam 14 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >