Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahfud MD dilapor letak jawatan kerana Presiden tidak berkecuali

Feb 01, 2024 | 05:08 PM



JAKARTA: Calon Naib Presiden, Encik Mahfud MD, dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Keselamatan Indonesia selepas beliau melihat Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, tampil menyokong ‘tiket’ Encik Prabowo Subianto dalam pilihan raya yang akan datang.


Encik Andi Widjajanto, pegawai kanan untuk ‘tiket’ Encik Ganjar Pranowo, memberitahu Reuters: “Mahfud fikir Presiden semakin tidak berkecuali dalam pilihan raya, Presiden jelas menunjukkan beliau berpihak.”


Encik Mahfud adalah pasangan bekas gabenor wilayah, Encik Ganjar, yang menentang bekas gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan yang berganding dengan Encik Muhaimin Iskandar; serta Menteri Pertahanan, Encik Prabowo, yang bertanding bersama anak Presiden Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka.

Gandingan Prabowo-Gibran dipercayai sedang mendahului saingan.

Menurut pasukan Ganjar-Mahfud, sokongan Encik Jokowi terhadap Encik Prabowo telah mengubah dinamik politik negara tersebut dan terdapat pertembungan nilai-nilai politik yang tidak dapat diterima di antara dirinya dengan pentadbiran pemerintah.

Calon presiden lain mendakwa Encik Jokowi menggunakan kemudahan negara untuk membantu Encik Prabowo dan anaknya meraih kemenangan.

Namun sehingga kini, Encik Jokowi tidak mengeluarkan ulasan berkenaan dakwaan tersebut.

Minggu lalu, beliau berkata, seorang presiden berhak berkempen untuk mana-mana calon selagi ia tidak menggunakan kemudahan negara.

Encik Andi berkata, Kabinet Encik Jokowi “tidak lagi kondusif untuk bekerja” bagi Encik Mahfud kerana beliau dan beberapa menteri lain tidak dilibatkan dalam proses membuat keputusan berkaitan jawatannya.

Encik Jokowi juga mengakui bahawa Encik Mahfud telah menulis surat peletakan jawatan untuk diserahkan kepada beliau sebaik pertemuan ditentukan. “Itu adalah hak beliau,” kata Encik Jokowi, seperti yang dipetik Tempo.Co.


“Hari ini saya ada bawa surat untuk diserahkan terus kepada Presiden mengenai masa depan politik saya. Surat ini akan diserahkan sebaik sahaja saya mendapat jadual bertemu Presiden,” kata Encik Mahfud.

Encik Mahfud menganggap penting mencari masa yang sesuai untuk menyerahkan terus surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Keselamatan kepada Presiden Jokowi.

Alasannya, kerana beliau dilantik oleh Presiden Jokowi sendiri secara terhormat dan amanah.

“Saya diberi kepercayaan olehnya secara serius dan saya juga memberi kepercayaan kepadanya untuk menugaskan saya, jadi saya bekerja dengan teliti dan insya-Allah, kedua-duanya dalam tempoh empat setengah tahun ini. Insya-Allah, ia akan menjadi baik,” katanya.

Sementara itu, pihak Istana Presiden tidak pula memberitahu di mana pertemuan itu akan diadakan.

Pada 31 Januari, Encik Mahfud mengumumkan rancangannya untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet, semasa tampil di program ceramah, Tabrak Prof, di Aceh.


Presiden Jokowi telah melakukan lawatan kerja ke Yogyakarta dan Jawa Tengah sejak hujung minggu lalu dan dijadualkan pulang ke Jakarta pada 1 Februari.

Hubungan antara Presiden Jokowi dengan parti pemerintah itu dilaporkan tegang baru-baru, ini selepas anak sulungnya itu berganding dengan Encik Prabowo sebagai calon naib presiden dalam pemilihan presiden yang akan diadakan pada 14 Februari 2024.

Sementara itu, dalam satu perkembangan berasingan, Encik Almas Tsaqibbirru telah mencetuskan kontroversi lagi.


Selepas berjaya memimpin Encik Gibran mara ke Pilihan Raya Presiden dengan semakan kehakiman yang diberikan oleh Mahkamah Perlembagaan, pemuda itu kini menyaman anak sulung Presiden Jokowi, kerana gagal menunaikan kewajipannya sebagai Datuk Bandar Solo.


Pasukan peguam yang mewakili Encik Almas akan mengeluarkan kenyataan pada 2 Februari.


Encik Almas pernah mengemukakan saman terhadap Encik Gibran atas kes yang sama pada 22 Januari, tetapi hakim menolak samannya itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >