Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PM Lee bertemu Presiden Trump di Rumah Putih pada Oktober

Aug 29, 2017 | 11:17 PM



Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Rumah Putih, di Washington, pada Oktober nanti, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 29 Ogos.



Menjawab pertanyaan media, jurucakap MFA berkata PM Lee menelefon Encik Trump untuk berkongsi keprihatinan dan simpati ke atas kehilangan nyawa dan kerosakan di Texas dan Louisiana akibat Taufan Harvey.



PM Lee bercakap dengan Encik Trump semasa Encik Trump menaiki pesawat Air Force One dalam perjalanan ke Texas.



Menulis di Facebook, PM Lee berkata beliau menawarkan bantuan bagi operasi menyelamat mangsa bencana kepada Encik Trump, sesuatu yang diterima oleh presiden itu.



"Encik Trump menerima tawaran saya untuk menghantar helikopter Chinook CH-47 Angkatan Udara Singapura (RSAF) dari pangkalan Peace Prairie di Grand Prairie, Texas, untuk membantu dalam operasi menyelamat mangsa bencana."



Kededua pemimpin juga berbincang tentang provokasi sengaja yang berterusan dari Korea Utara, kata PM Lee, termasuk pelancaran peluru berpandu yang merentas ruang udara Jepun.



"Singapura telah mengeluarkan kenyataan mengutuk perbuatan semberono ini. Kami menggesa dengan kuat agar Korea Utara menghentikan semua provokasi serta-merta dan menekankan semula gesaan jangka panjang agar Korea Utara menepati komitmen dan tuntutan antarabangsa."



Kededua pemimpin kali terakhir bertemu di luar Sidang Puncak Pemimpin G20 di Hamburg, Jerman.



Pada ketika itu, Encik Trumpe berkata:



"Kami mempunyai hubungan yang amat besar buat masa ini dan ia besar kemungkinan akan menjadi lebih besar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >