Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PRN15 tunjukkan Kerajaan Perpaduan perlu kerja lebih keras menangi hati rakyat

Pengamat: Keputusan buktikan BN-Umno perlu ambil langkah atasi kelemahan, termasuk pengunduran pemimpin parti
Aug 15, 2023 | 05:30 AM



Rakyat di enam negeri di Malaysia – Kedah, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan – telah memilih dan kesannya begitu mendalam.

Keputusan Pilihan raya Negeri ke-15 (PRN15) pada 12 Ogos lalu, terutama bagi Kedah, Terengganu dan Kelantan, jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu bekerja lebih keras untuk memenangi hati rakyat Malaysia, terutama di negeri-negeri majoriti penduduk Melayu itu.

Berdasarkan pandangan penganalisis politik dan pengamat, pemimpin PH-BN juga perlu membuat kaji selidik (post mortem) untuk mengenal pasti dan mengambil langkah-langkah mengatasi kelemahan mereka.

Ini kerana daripada sejumlah 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam PRN15, BN, yang komponen utamanya adalah Umno, mencatat prestasi terburuk apabila hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandinginya.

Perikatan Nasional (PN), yang menggabungkan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Part Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan pula mencatat kemenangan besar selepas berjaya meraih sebanyak 146 kawasan DUN, manakala PH memenangi 80 kerusi.

Di Kedah dan Terengganu, BN-Umno gagal memenangi sebarang kerusi, manakala di Kelantan ia hanya dapat satu kerusi.

Persoalannya apa implikasi keputusan PRN15 ini secara keseluruhan kepada Kerajaan Perpaduan?

“Kerajaan Perpaduan perlu meneruskan perancangan yang telah ditebarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia adalah selari dengan aspirasi dan usaha-usaha yang telah dinyatakan terdahulu sebelum PRN lagi,” jelas Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UITM), Profesor Madya Dr Abd. Rasid Abd. Rahman.

“Rakyat telah membuat pilihan dan Kerajaan Perpaduan perlu terus komited dan menghormati pilihan berkenaan.”

Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa kedudukan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan tetap utuh dan tidak perlu dibimbangi.

“Tidak ada perubahan dari segi pegangan atau agihan kerusi Parlimen yang tetap sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (pada 2022), jadi Kerajaan Perpaduan tetap utuh dan tidak ada yang perlu digusarkan.

“Kemashlatan rakyat wajib dipertahankan selari dengan tonggak Malaysia Madani,” tambahnya.

Memberikan pengamatannya, penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata kesan besar (kemenangan PN) ke atas Kerajaan Perpaduan adalah PN berjaya melunturkan sokongan orang Melayu kepada PH, malah merampas undi penyokong Melayu yang sebelum ini menjadi sandaran kuat kepada Umno untuk terus berkuasa.

“Bagi saya, BN-Umno yang gagal menjuarai PRN15 kali ini kerana daripada 108 kerusi yang mereka tandingi, hanya 19 sahaja berjaya dimenanginya,” terang beliau.

Jadi apa langkah yang harus BN-Umno lakukan?

“Bagi saya, kedua-dua pemimpin tertinggi Umno (Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan) perlu berundur dan bertanggungjawab ke atas kekalahan besar yang dihadapi oleh BN-Umno ini,” ujar beliau.

Ulasan yang sama turut disuarakan bebarapa penganalisis politik lain. Malah, ada yang secara terang-terangan meminta Datuk Ahmad Zahid dan Datuk Mohamad mengambil tanggungjawab dan berundur, lapor media Malaysia.

Menurut Dr Mohammad Tawfik, kededua pemimpin itu harus mengikut contoh pemimpin terdahulu yang mengambil tanggungjawab selepas parti itu tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu.

“Lihat apabila BN tewas besar dalam PRU12 dan PRU14 lalu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Encik Najib Tun Razak meletakkan jawatan dan berundur daripada kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Tindakan ini menggambarkan mereka berjiwa besar dan berani bertanggungjawab,” tambah beliau.

Mengupas punca penolakan kuat terhadap Umno dalam PRN15 ini, Dr Mohammad Tawfik menggariskan tiga faktor, iaitu:

1. Ahli akar umbi Umno menolak kerjasama politik dengan DAP-PH;

2. Ahli dan pemimpin yang menolak (Datuk) Zahid untuk terus menerajui BN-Umno; dan

3. Kumpulan yang marah kepada kepimpinan parti yang masih gagal berusaha keras membebaskan (Encik) Najib daripada tahanan meskipun sudah berkuasa dalam kerajaan.

Berpandangan yang sama, penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UITM), Dr A Aziz Azizam, pula berkata:

“Saya secara konsisten berpendapat bahawa berdasarkan andaian jika PN masih berkuasa di tiga negeri, maka semua program yang dijalankan PH-BN tidak memberi sebarang kesan terhadap pengundi, terutama di Kedah dan Terengganu.

“Keputusan PRN15 menunjukkan penolakan rakyat terhadap parti kerajaan dan ini mengenakan tekanan yang besar terhadap kerajaan PH-BN pada hari ini. Ini realiti yang berlaku sekarang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >