Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Program keagamaan dan bersenam memasyarakatkan masjid

Jul 28, 2023 | 05:31 AM



Dalam usaha memasyarakatkan Masjid Hasanah, pihak masjid itu telah giat mengadakan lebih banyak program yang dapat mendekatkan lagi penduduk dengan masjid tersebut.

Pengerusi masjid yang terletak di Teban Gardens itu, Encik Amir Mohamed Ali, menerangkan bahawa program-program yang dianjurkan itu secara langsung memberi ruang kepada orang ramai bergiat di masjid dan menyertai program-program kelolaan mereka.

Antara program itu termasuk majlis tahlil secara dalam talian yang boleh diikuti oleh keluarga-keluarga dari mana-mana tempat, termasuk di luar negara.

‘‘Pernah satu ketika kami membantu sebuah keluarga mengadakan majlis tahlil untuk seorang yang baru meninggal dunia, diikuti oleh suami arwah yang sedang bertugas di Dubai,’’ imbas Encik Amir.

Usaha itu dijalankan oleh Jabatan Dakwah masjid itu yang diketuai oleh Ustaz Mohammad Badrussalam dengan sokongan Ustaz Muhammad Syahid Salleh dan Ustaz Muhamad Fazli Naim, katanya.

Selain itu, jabatan tersebut juga membantu penduduk Teban dan Pandan mengenai perihal khidmat tahnik iaitu ibadah sunah untuk menyambut kelahiran bayi, cukur rambut bagi bayi yang baru lahir serta pengurusan jenazah.

Ia juga menganjurkan program lawatan ke tempat-tempat menarik di bawah Bahagian Perhubungan Masyarakat masjid itu yang diketuai oleh Cik Suhana Salleh, seperti ke Gardens by the Bay. Lawatan itu dibuka termasuk kepada mereka yang berkerusi roda.

Satu lagi program menarik ialah kegiatan ‘Chair Zumba’ yang diadakan untuk memberi peluang kepada mereka yang berkerusi roda agar bersenam. Ia dianjurkan dengan usaha sama Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan pihak masjid setiap pagi Ahad. Para peserta juga mengikuti kelas duha yang diadakan selepas itu bimbingan Ustazah Habsah Senin.

Masyarakat di sekitar masjid, termasuk pekerja migran atau hijrahan seperti pekerja Bangladesh daripada dormitori berdekatan, telah melibatkan diri secara aktif dalam program-program yang dijalankan. Hal ini diungkapkan oleh Encik Amir yang menjelaskan bahawa usaha ini dijalankan oleh kumpulan-kumpulan kariah yang beroperasi di bawah naungan Masjid Hasanah.

Misalnya, Kariah Pandan mengelolakan solat tarawih dan solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Kariah daripada dormitori berdekatan mengadakan Halawah Tadarus Al-Quran seminggu dua kali.

‘‘Alhamdulillah jumlah peserta semakin meningkat hari demi hari,’’ kata Encik Amir.

Kariah Alfaq pula menganjurkan sambutan Maulud selama 12 hari berturut-turut dengan kerjasama Persatuan Aflaq, sebuah kumpulan masyarakat India Muslim.

‘‘Program itu diadakan dalam bahasa Tamil, sekali gus dapat memupuk semangat minat mengenal bahasa ibunda mereka terutama sekali dalam kalangan generasi mereka yang akan datang,’’ katanya.

Dalam pada itu, Masjid Hasanah sedang giat menjalankan projek peningkatannya. Encik Amir berkata projek tersebut telah dirancangkan sebelum pandemik Covid-19 dan kerja-kerja pembinaannya akan dimulakan pada September ini. Ia dijadualkan makan masa selama 15 bulan, tambahnya lagi.

Cara menyumbang derma kepada Dana Masjid Hasanah


1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan wang ke dalam akaun bank: OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang rujukan dengan ‘Wakaf’ atau ‘Infak’. Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque

3. Hantarkan derma melalui cek kepada ‘LPM Hasanah’. Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek yang dikirimkan.

4. Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990, Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang; Sabtu dan Ahad: 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >