Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Projek fasa pertama selesai, kini kumpul dana bagi prasarana asas

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Fasa pertama projek Nur Ala Nur 2.0 untuk Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah telah selesai dengan terbinanya dua bilik darjah baru dan dua tandas di aras lima di madrasah. Kerja peningkatan ini tamat dijalankan pada Mei lalu.

Namun, keperluan lain tetap diperlukan untuk menjadikan bilik darjah ini lebih kondusif dan selasa untuk pelajar menuntut ilmu.

Memberitahu kepada Berita Harian (BH), mudirah Madrasah Wak Tanjong, Ustazah Masnia Nassim, berkata pihaknya sedang melengkapkan keperluan bilik darjah, antaranya perkakas digital bijak seperti AppleTV, pemasangan router Wi-Fi, projektor, skrin, kerusi meja dan keperluan lain.


“Setelah kerja fasa pertama projek Nur Ala Nur 2.0, kini kami gigih berusaha untuk melengkapkan keperluan dua bilik darjah ini dengan memenuhi bilik pembelajaran ini dengan kerusi meja bagi pelajar, projektor, kabinet buku dan beberapa keperluan asas lain.

“Projek yang dijalankan sejak awal Januari 2023 ini, tamat pembinaannya pada Mei lalu. Namun, bilik darjah ini masih belum boleh digunakan kerana belum dilengkapi dengan keperluan pembelajaran. Oleh itu, kami ingin terus menyeru masyarakat agar sama-sama menyumbang bagi melengkapkan projek fasa satu ini,” jelas Ustazah Masnia.

Ustazah Masnia juga mengharapkan sumbangan dan sokongan yang berpanjangan daripada masyarakat Islam setempat.

Beliau menambah:

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membawa manfaat apabila pelajar mula menggunakan bilik-bilik darjah ini pada masa hadapan . Insya-Allah, dengan lengkapnya projek fasa pertama ini, kami akan berpindah pula ke fasa kedua.

“Fasa kedua merupakan pembinaan lif ke tingkat lima dan membina bangunan tambahan untuk penambahan dan kemudahan prasarana madrasah.

“Terima kasih kepada yang telah menderma. Semoga anda terus hulur sumbangan untuk projek seterusnya. Semoga segala sumbangan anda tidak kira dalam bentuk zakat, infak atau wakaf, mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah swt dan tergolong dalam sedekah jariah apabila kita meninggalkan dunia ini nanti,” katanya.


Jika anda ingin melihat bilik-bilik darjah yang kondusif serta tandas tambahan yang sempurna di Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah, anda boleh menghulurkan sumbangan dengan cara berikut:

1. Penghantaran cek atas nama MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH.

2. PayNow: UEN S55MM0002D.

3. Pembayaran secara Nets atau tunai ke Pejabat Madrasah di 589 Sims Avenue Singapura 387600, dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 4 petang dan Sabtu bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

4. Melalui Facebook: Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah.

5. Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >