Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat khidmat ICA akan ditutup pada Sabtu mulai 2 Sep

Jul 25, 2024 | 5:47 PM
Pusat khidmat ICA akan ditutup pada Sabtu ekoran kurangnya lawatan ke pusat itu pada hari berkenaan.
Pusat khidmat ICA akan ditutup pada Sabtu ekoran kurangnya lawatan ke pusat itu pada hari berkenaan. - Foto ST

Mulai 2 September, Pusat Perkhidmatan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan ditutup pada Sabtu ekoran lawatan orang ramai ke pusat itu didapati rendah pada hari berkenaan.

ICA berkata pada 25 Julai bahawa pusat itu, tempat orang ramai mengambil pasport dan kad pengenalan mereka, akan terus beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum, dari 8 pagi hingga 4.30 petang.

Penguasa tersebut berkata ia telah menamatkan penyediaan khidmat pada Sabtu – dari pagi hingga tengah hari – kerana pendigitalan perkhidmatan ICA telah “mengurangkan keperluan pelanggan melawat Bangunan ICA secara langsung”.

Bangunan ICA itu terletak di Kallang Road.

Menurut The Straits Times, antara 2019 dengan 2023, jumlah lawatan ke pusat itu pada Sabtu merosot sekitar 50 peratus.

Sebaliknya, kebanyakan orang memilih menjalankan urusan secara dalam talian, dengan hampir 95 peratus pelanggan ICA menghantar permohonan mereka menerusi kaedah tersebut.

Ini berlaku kerana ICA telah membenarkan orang ramai mendapatkan semula dokumentasi peribadi pada platform digital seperti aplikasi mudah alih MyICA dan laman FileSG, menjadikan perjalanan fizikal ke Bangunan ICA tidak diperlukan.

Sejak Mei 2022, orang ramai dibolehkan memperoleh sijil kelahiran dan kematian dalam talian.

Mereka boleh mendapatkan pas jangka panjang secara digital sejak Februari 2023.

Meskipun pasport dan kad pengenalan masih memerlukan pengambilan secara fizikal, namun pelanggan ICA boleh berbuat demikian di cawangan Singapore Post (SingPost) yang ditetapkan.

Hampir 70 peratus pasport dan kad pengenalan kini diambil di cawangan SingPost, kata ICA lagi.

Penguasa tersebut selanjutnya berkata:

“Semua cawangan ini dibuka pada Sabtu dan ada juga yang dibuka pada Ahad.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg